Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Perkelahan di Pantai Gembira, by Raja Bahasa Malaysia
Contoh Karangan UPSR
Name:Raja Bahasa Malaysia
Title:Perkelahan di Pantai Gembira
2016-02-28 00:59
8:00 Pagi(Sabtu)  
Aku dan keluarga sedang bersarapan pagi.Makanan kami ialah mee goreng udang dan minuman horlicks.Setelah itu,kami bersiap untuk ke Pantai Gembira.Aku membantu adikku mengangkat alatan untuk membina istana pasir.Selepas itu,aku membantu ibuku mengangkat makanan tengah hari.  
 
10:30 Pagi  
Setelah dua jam setengah perjalanan ke Pantai Gembira,kami sekeluarga pun tiba ke Pantai Gembira.Aku membantu ibuku mengangkat barang-barang yang dibawa dari rumah.Ayah memilih tempat yang sesuai lalu membentangkan tikar di atas pasir pantai.  
 
11:00 Pagi  
Aku membantu adikku untuk membina istana pasir berdekatan dengan ibu bapa kami.Adik menggunakan penyedok pasir untuk menggali pasir lalu meletakkan pasir itu ke dalam baldi kecil.  
 
12:00 Tengah Hari  
Kami sekeluarga menikmati makanan tengah hari kami yang berlauk ayam masak sos tomato,ikan goreng dan sup sayur campur.Adikku menikmati makanan tengah hari kami dengan begitu berselera sekali.  
 
2:00 Petang  
Aku dan adikku mandi laut bersama-sama.Adikku mula belajar berenang.Walaupun telah mencuba beberapa kali,adik tidak berputus asa.Akhirnya,adik berjaya berenang dengan lancar.  
 
5:00 Petang  
Kami pun berkemas untuk pulang.Aku dan adikku membantu ibu untuk mengangkat barang-barang ke dalam bonet kereta.Aku dan adikku sempat bergambar sebagai kenang-kenangan.Inilah memori terindah aku bersama keluarga  
    
 

1, (2016-03-04 10:59)
-1'
 
Submit a comment:

Name