Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Contoh Karangan Grade A (Bahagian Satu), by Raja Bahasa Malaysia
Contoh Karangan UPSR
Name:Raja Bahasa Malaysia
Title:Contoh Karangan Grade A (Bahagian Satu)
2016-02-28 00:30
    Aku dan Juny baru sahaja selesai menjalani latihan untuk pertandingan bola sepak peringkat sekolah.Aku dan Juny serta pelajar yang mengikuti pertandingan ini akan mewakili sekolah pada minggu hadapan.  
      
    Pada suatu petang,selesai sahaja aku dan Juny menjalani latihan,kami berasa lapar.Lalu,kami ke gerai Encik Ramusamy.Makanan di sana tidak ditutup dan dihinggapi lalat dan habuk serta kotoran.  
 
    Setelah kami selesai makan,kami membayar jumlah bayaran bil makanan lalu beredar dari sana.Aku dan Juny pulang ke rumah dalam keadaan selamat.  
 
    Pada waktu malam,perutku berasa sakit.Aku segera memberitahu kepada ibu dan bapaku.Mereka segera membawa aku ke Hospital Sultan Tun Perak yang terletak 15 kilometer dari rumahku.  
 
    Setelah aku tiba ke hospital,aku terserempak dengan Juny.Dia juga sakit perut.Ibuku mengambil angka giliran di kaunter.Sekarang,nombor yang terpapar di papan elektronik ialah 2131.Nombor yang dipegang oleh ibuku ialah 2132.Sekarang ialah giliran Juny.Setelah papan elektronik itu memaparkan nombor 2132,aku terus masuk ke dalam bilik Doktor Suresh.  
 
    Setelah membuat usul periksa,aku disahkan keracunan makanan.  
Aku terus dimasukkan ke wad kanak-kanak.Juny juga dimasukkan di wad kanak-kanak.Setelah beberapa hari kemudian,aku dan Juny dibenarkan pulang ke rumah.Aku sudah nekad untuk tidak makan di sana lagi.  
 
P/S:  
Ini bukan pengalaman.Ini rekaan semata-mata.Harap maklum.
 

Submit a comment:

Name