Ketupat merupakan makanan tradisional masyarakat Melayu yang kugemari.Ketupat biasanya dihidangkan pada musim perayaan atau dinamakan sate pada hari-hari biasa.Ketupat mempunyai cara yang unik untuk membuatnya.
Sarung ketupat dibuat daripada dua helai daun kelapa muda yang dianyam.Tempoh masa yang diambil untuk menyiapkan sebiji daun ketupat bergantung kepada tahap kemahiran seseorang.
Setelah sarung siap dianyam,beras biasa atau beras pulut yang telah direndam bolehlah dimasukkan.Takat beras pula hanya dua pertiga daripada ruang sarung supaya beras dapat mengembang dengan sempurna.
Ketupat-ketupat yang sudah siap,diikat bagi memudahkan proses merebusnya.Masukkan ketupat ke dalam air jerangan dan pastikan ketupat tersebut tengelam.
Semasa proses ini,ada beberapa petua yang harus dipatuhi.Antaranya,air rebusan pertama mestilah dibuang bagi menghasilkan ketupat yang bersih dan putih.Proses merebus adalah antara dua hingga tiga jam.Sesudah itu, bolehlah ditos dan disejukkan.
ketupat enak dimakan bersama-sama rendang ayam,serunding atau kuah kacang.Ketupat bukan sahaja digemari oleh orang Melayu bahkan bangsa -bangsa lain juga. |