Welcome!

Contoh Karangan UPSR: aku sebuah kereta, by anis adelina binti ahmad jawahir
Contoh Karangan UPSR
Name:N. Sembilan anis adelina binti ahmad jawahir
Title:aku sebuah kereta
2016-02-17 20:46
                                Aku Sebuah Kereta  
        Aku sebuah kereta.Aku dicipta di Seoul,Korea.Aku dicipta dengan dengan peralatan-peralatan yang sungguh canggih.Badanku berwarna putih manakala tempat penumpangku pula sangat cantik dan elegan.Setelah beberapa bulan,aku sudah bersedia untuk dipandu.Kemudian,aku diimport ke negara yang dinamakan Malaysia.  
        Aku dihantar ke kedai yang diberikan namanya Perodua yang terletak di Nilai,Negeri Sembilan.Aku diberikan nama sebagai Myvi.Aku ditempatkan di sudut yang cantik.Ramai orang yang terpesona dengan kecantikan dan kecanggihanku.Pekarja yang bertugas di kedai tersebut menerangkan kecanggihan dengan penuh teliti.  
        Pada suatu hari,datanglah seorang pemuda bersama sahabat-handainya.Dia terpaku dengan kecantikan dan keindahanku.Pada firasatku,dia ada hati untuk membeliku.Beliau telah sebulat hati untuk membeliku.  
Aku sudah memiliki tuan yang baharu.  
        Kini aku telah mempunyai tugas baharu iaitu membawa tuanku untuk pergi ke tempat yang hendak ditujunya.Perkara yang paling aku suka ialah tuanku membawaku ke Masjid Putra dengan memandu menggunakanku.Hubungan kami dikatakan bagai isi dengan kuku.  
        Pada suatu hari,tuanku terlewat bangkit dari tidur.Beliau tergesa-gesa bersiap untuk pergi bekerja.Beliau memanduku dengan laju sekali dan telah melanggar peraturan jalan raya.Kereta yang berwarna kelabu telah merempuhku dengan dahsyat sekali.Aku meronta kesakitan namun tuanku tidak mendengar akan rontaanku.  
Tuanku tidak menerima sebarang kecederaan.Malangnya,badanku habis hancur berkecai.  
        Tuanku telah membuat keputusan untuk mengahantarku ke kedai yang boleh membaiki akan kerosakanku.Kini,aku memounyai rumah yang baharu.Aku ditempatkan bersama kawan-kawanku yang bernasib malang sepertiku.Setelah beberapa bulan aku siap dibaiki,akhirnya aku kembali ke pangkuan tuanku.Tuanku berjanji kepadaku supaya tidak akan mengulangi kesilapan malang itu.
 

Submit a comment:

Name