Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Manfaat Makan Buah Tempatan, by Shazwan Shafri Bin Sahir
Contoh Karangan UPSR
Name:Sabah Shazwan Shafri Bin Sahir
Title:Manfaat Makan Buah Tempatan
2016-02-17 17:27
Negara kita kaya dengan hasil buah-buahan.Buah-buahan tempatan ialah buah yang berasal dari negara kita.Contoh buah-buahan tempatan yang banyak terdapat seperti durian,langsat,rambutan manggis dan lain-lain.  
 
Kita digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana buah-buahan ini masih segar.Kebanyakan buah-buahan ini baru dipetik dari ladang dan sebagainya.Sudah tentu khasiatnya banyak kerana kandungan vitamin dan zat yang terdapat dalam buah-buahan tersebut masih terpelihara.  
 
Di samping itu kita patut makan buah-buahan tempatan kerana buah-buahan ini mudah didapati dan dibeli    terutama pada musim buah-buahan.Tambahan pula sekiranya kita rajin bercucuk tanam terutama mereka yang tinggal di kampung, buah-buahan seperti pisang dan betik hanya diperoleh di belakang rumah sahaja.  
 
Selain itu , buah-buahan tempatan juga harganya jauh lebih murah jika dibandingkan dengan buah-buahan yang diimport.Tahukah kita harga buah-buahan import harganya dua kali ganda jika dibandingkan dengan harga buah-buahan tempatan.Oleh itu kita dapat menjimatkan wang perbelanjaan seharian.  
 
Seterusnya dengan makan buah-buahan tempatan, kesihatan kita lebih terjamin.Ini disebabkan buah-buahan tempatan tiada bahan pengawet yang mengandungi bahan kimia berbahaya.kebanyak buah-buahan yang diimport seperti buah epal disapu bahan pengawet supaya tahan lama.Oleh itu kita dapat mengelakkan risiko penyakit seperti keracunan makanan dan sebagainya.  
 
Oleh itu makanlah buah-buahan tempatan.Banyak kebaikan yang dapat kita peroleh sekiranya kita makan buah-buahan hasil keluaran negara kita sendiri.        
 

TOP STUDENT, (2016-05-11 01:14)
KO JGN TIPU  
AKU TAHU KAU TIPU  
DARI DULU AKU PERATI KAU  
MAIN2 LA....  
AKU TOP STUDENT
 
Encik Pengomen, (2016-02-28 00:05)
Buah-buahan merupakan buah-buahan di seluruh daerah contohnya seluruh Sabah.Itulah yang dinamakan buah buahan satu tempat ataupun tempatan  
 
Thanks!  
P/S: jangan marah ya...  

 
1, (2016-02-20 15:38)
-1'
 
Submit a comment:

Name