Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kebaikan Buah-Buahan Tempatan, by Shamita Prakash
Contoh Karangan UPSR
Name:N. Sembilan Shamita Prakash
Title:Kebaikan Buah-Buahan Tempatan
2016-02-10 23:51
Negara kita kaya dengan hasil buah-buahan.Buah-buahan tempatan ialah buah yang berasal dari negara kita.Contoh buah-buahan tempatan yang banyak terdapat seperti durian,langsat,rambutan manggis dan lain-lain.  
 
                            Kita digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana buah-buahan ini masih segar.Kebanyakan buah-buahan ini baru dipetik dari ladang dan sebagainya.Sudah tentu khasiatnya banyak kerana kandungan vitamin dan zat yang terdapat dalam buah-buahan tersebut masih terpelihara.  
 
 
         Di samping itu kita patut makan buah-buahan tempatan kerana buah-buahan ini mudah didapati dan dibeli  terutama pada musim buah-buahan.Tambahan pula sekiranya kita rajin bercucuk tanam terutama mereka yang tinggal di kampung, buah-buahan seperti pisang dan betik hanya diperoleh di belakang rumah sahaja.  
 
 
                Selain itu , buah-buahan tempatan juga harganya jauh lebih murah jika dibandingkan dengan buah-buahan yang diimport.Tahukah kita harga buah-buahan import harganya dua kali ganda jika dibandingkan dengan harga buah-buahan tempatan.Oleh itu kita dapat menjimatkan wang perbelanjaan seharian.  
 
                    Seterusnya dengan makan buah-buahan tempatan, kesihatan kita lebih terjamin.Ini disebabkan buah-buahan tempatan tiada bahan pengawet yang mengandungi bahan kimia berbahaya.kebanyak buah-buahan yang diimport seperti buah epal disapu bahan pengawet supaya tahan lama.Oleh itu kita dapat mengelakkan risiko penyakit seperti keracunan makanan dan sebagainya.  
 
                     Oleh itu makanlah buah-buahan tempatan.Banyak kebaikan yang dapat kita peroleh sekiranya kita makan buah-buahan hasil keluaran negara kita sendiri.      

 

The Bibi go , (2016-02-12 02:43)
Not bad but the best thing ever is when you have to
 
Shamita Prakash, (2016-02-10 23:53)
Hi for the one who read the essay thank you  

 
Submit a comment:

Name