Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya, by Nurul Izzati Sahabudin
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur Nurul Izzati Sahabudin
Title:Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya
2016-02-09 20:28
Semenjak suami terlantar sakit kerana penyakit lumpuh,mak cik Bariah yang mengambil alih tanggungjawab sebagai ketua keluarga.Dia perlu mencari nafkah dan mengurus segala hal ehwal keluarga.Dia bersyukur kerana ibu mertua dapat menjaga suaminya apabila dia membuat kerja.  
Mak cik Bariah mempunyai anak seramai enam orang yang masih bersekolah.Anak-anak telah diajar membuat kerja rumah dan mendisiplinkan diri.Dia yang mengusahakan jualan nasi lemak di warung memberi tugasan rumah kepada anak-anaknya.  
Namun begitu,mak cik Bariah tidak mengabaikan tentang pelajaran anak-anaknya.Dia sentiasa menasihati mereka supaya  
belajar bersungguh-sungguh.Setiap malam dia akan memastikan mereka menyiapkan kerja sekolah terlebih dahulu sebelum melakukan perkara lain.  
Mak cik Bariah bukan sahaja menekankan ilmu dunia bahkan ilmu akhirat kepada anak-anaknya.Dia mendidik mereka agar berakhlak tinggi dan berbudi bahasa terhadap orang yang lebihtua.Keinginan sangat tinggi dan murni iaitu ingin melihat mereka berjaya dalam kehidupan.  
Segala usaha mak cik Bariah berhasil apabila anak-anaknya kini berbahagia dengan kehidupan masing-masing.Kejayaan mereka bukan sahaja dalam akademik malahan dalam sasiah diri.Mak cik Bariah yang semakin tua dapat hidup senang dan tenang setelah anak-anaknya yang mengambil alih tugas menyara dan menjaganya Benarlah peribahasa,"melentur buluh biarlah daripada rebungnya".
 

Putri, (2016-05-06 03:24)
Sangat bagus
 
Submit a comment:

Name