Perpustakaan ataupun kutubkah merupakan suatu prasaram untuk membaca , merujuk dan meminjam bahan bacaan. Contoh bahan bacaan yang trerdapat di perpustakaan termasuklah buku-buku kupasan,novel,majalah, dan ensiklapedia. Sesunggunnya, mengunjungi perpustakaan banyak membawa faedah.
Budaya mengunjungi perpustakaan akan meluaskan ilmu pengetahuan .Maksudnya , membaca akhbar di perpustakan membolehkan kita mengetahui hal-ehwal dunia . Kita dapat mengetahui isu-isu politik,ekonomi dan sosial
Di samping itu , amalan megunjunji perpustakaan turut membantu seseorang memperkaya bahasa.Membaca buku membolehkan kita meluaskan kosa kata.Hasilnya,kita dapat menulis esei yang gramatis.
Pada masa yang sama, kita juga dapat berhibur apabila kita membaca buku di perpustakaan.Maknanya ,membaca buku cerita dan komik akan dapat menenangkan jiwa sanubari. Membaca novel dapat mengurangkan stres.
Akhir sekali, membudayakan amalan berkunjung ke perpustakaan juga menolong kita mengisi waktu lapang. Hobi membaca buku mendorong kita memanfaatkan masa secara berfaedah. Hobi membaca membantu kita menghargai
masa diibaratkan sebagai emas.
Jadi, jelaskah bahawa budaya mengunjungi perpustakaan
membawa seribu satu kepentingan. Oleh yang demikian ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mereka supaya mengunjungi perpustakaan. Tambahan pula, para pelajar perlu pandai menjadikan amalan mengunjungi perpustakaan sebagai suatu hobi. |