Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Haimau Mati Meninggalkan Belang,Manusia Mati Meninggalkan Nama., by
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor
Title:Haimau Mati Meninggalkan Belang,Manusia Mati Meninggalkan Nama.
2016-01-31 02:55
     peribahasa merupakan ungkapan yang indah dan mempunyai maksud yang mendalam.Peribahas dicipta oleh nenek moyang kita untuk mendidik,menegur dan mengingatkan anak-anak.Peribahasa masih digunakan dalam masyarakat kita.  
 
     Salah satu daripada peribahasa itu tersebut ialah "Harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama".Maksud peribahasa ialah seseorang yang semasa hidupnya banyak berjasa.Masyarakat tetep mengingatinya apabila dia meninggal dunia.  
 
     Tentu kita mengingati tokoh-tokoh yang banyak berjasa kepada tanah air kita.antaranya ialah Dato` Onn Jaafar,Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak.Walaupun mereka sudah tiada jasa mereka masih lagi disebut orang  
 
     Pada waktu yang sama,kita juga mengingati sejarah silam.Contohnya Mendaliar dan Kitol sebagai orang yang merosakkan kerajaan Melayu Melaka.Tentu kita berasa sedih apabila nama yang buruk dikenang orang.  
 
     Sebagai seorang murid,kita perlu banyak membuat kebaikan.Jika nama kita baik,orang akan kaitkan nama kita dengan nama ibu bapa kita.Antara yang boleh kita lakukan adalah bersikap baik,suka menolong orang dan menepati janji.  
 
     Oleh itu,kita perlu berusaha menjadi manusia yang baik.Semoga suatu hari nanti kita akan menjadi seperti "Harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama".
 

rafik, (2016-07-14 00:49)
good luck  

 
tashwini, (2016-07-08 22:00)
Banyak Kesalahan seperti tiada noktah dan huruf besar.Sila perbaiki karangan anda
 
ana , (2016-06-05 20:06)
goog
 
Thank You, (2016-04-27 01:32)

 
, (2016-04-18 19:51)
very good essays
 
aieen, (2016-02-05 16:42)
bestlah karangan niii....
 
hakimin, (2016-02-01 00:02)
pensek sangat
 
Submit a comment:

Name