Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku Sepasang Kasut Sukan, by Raihana bt. Salahuddin
Contoh Karangan UPSR
Name:Perlis Raihana bt. Salahuddin
Title:Aku Sepasang Kasut Sukan
2016-01-28 01:26
    Aku ialah sepasang kasut sukan yang berjenama dan tersohor di seluruh negara, Nike. Aku sering digunakan untuk berjoging, berlari dan bermain. Aku merupakan kasut yang tahan lasak dan dapat digunakan di mana-mana sahaja.  
      
    Badanku diperbuat daripada kain kanvas yang berjenama selain berlapikkan span dan berlantaikan getah. Untuk lebih berdaya tahan, badanku telah digam dan dijahit rapi dan kukuh supaya bertahan lama. Setelah siap diproses, aku dimasukkan ke dalam kotak. Aku akan dibawa bersama rakan-rakanku yang lain untuk meninggalkan tempat kelahiranku di Kulim, Kedah.  
 
    Aku dan rakan-rakanku kini ditempatkan di sebuah kedai menjual peralatan sukan di Kompleks Sogo, Kuala Lumpur. Di sini, aku dipamerkan di dalam rak kaca dan diletakkan tanda harga. Aku dapat mengenali dengan rakan-rakanku yang baharu dan juga berjenama seperti Adidas, Puma, Power, Line 7 dan sebagainya.  
 
    Pada suatu petang, seorang gadis yang sangat comel asyik membelek-belek badanku. Mungkin dia berkenan akan bentuk dan kualiti yang aku miliki. Sangkaan aku tepat lagi benar. Dia telah membeliku dengan harga yang lumayan sebanyak RM138.90 bersamaan penambahan enam peratus GST.  
 
    Pada setiap petang atau cuti hujung minggu, gadis itu yang bernama Nina, menggunakan aku untuk berjoging di sekeliling taman rekreasi yang berhampiran dengan taman perumahannya. Aku berasa teruja dan bangga kerana dapat berkhidmat kepada tuan baharuku di samping membantu mengekalkan kecergasan dan kesihatannya. Selepas digunakan, badanku sentiasa dibersihkan dan disimpan di dalam rak kasut yang disediakan dengan rapi.  
 
     Aku bersyukur kerana mendapat tuan yang cermat dan berhemah. Sehingga kini, sudah hampir tiga tahun dua bulan aku berkhidmat dengan tuanku. Meskipun, tapakku semakin haus dan warna kulitku semakin pudar, namun dia masih setia menggunakan khidmatku.  
 
     Selepas empat tahun aku digunakan, aku telah disimpan di dalam rak kerana kelemahanku yang telah menghalang perkhidmatanku. Walau bagaimanapun, aku tetap rasa bersyukur dan bangga kerana tuanku masih menyimpan aku meskipun aku sudah tidak dapat    menggunakan perkhidmatanku di sampingnya lagi.
 

rudra , (2016-10-05 23:42)
Rudra prakash  

 
cx, (2016-02-13 16:53)
hsds  

 
isaagi, (2016-02-07 15:50)
orang 6 je ni 7 apalah
 
Submit a comment:

Name