Welcome!

Contoh Karangan UPSR: memohon kebenaran untuk melawat kilang , by harith salehuddin
Contoh Karangan UPSR
Name:Pulau Pinang harith salehuddin
Title:memohon kebenaran untuk melawat kilang
2016-01-26 02:03
Persatuan Matematik,  
Sekolah Kebangsaan Taman Kepong,  
52100 Kuala Lumpur.  
 
Tuan Pengarah,  
Kilang Minuman F&N,  
54000 Petaling Jaya,  
Selangor. 21 JULAI 2014  
Tuan,  
 
Memohon Kebenaran Untuk Melawat Kilang  
 
Persatuan Matematik dari Sekolah Kebangsaan Taman Kepong ingin memohon kebenaran tuan untuk mengadakan satu lawatan sambil belajar ke kilang tuan.  
 
2. Kami mendapati kilang tuan merupakan kilang yang terbesar dan dilengkapi jentera-jentera yang tercanggih. Kami tertarik untuk mengetahui proses menghasilkan minuman. Kami juga ingin mengetahui tentang pemasaran minuman itu.  
 
3. Kami bercadang mengadakan lawatan ke kilang tuan pada 21 Ogos 2014. Rombongan kami terdiri daripada tiga puluh orang murid dan tiga orang guru. Kami dijangka tiba ke kilang tuan kira-kira pukul 11.00 pagi dengan sebuah bas sekolah.  
 
4. Sekiranya tarikh tersebut tidak sesuai, sila hubungi kami supaya kami dapat menukar tarikh yang lebih sesuai secepat mungkin. Kami berharap agar mendapat keizinan daripada pihak tuan. Kerjasama daripada pihak tuan amat dialu-alukan.  
 
Sekian, terima kasih.  
 
Yang benar,  
 
Norman  
 
(NORMAN BIN ABDULLAH)  
Setiausaha,  
Persatuan Matematik,  
SK Taman Kepong.
 

Submit a comment:

Name