Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku Sebuah Basikal, by Danush G.Sivam
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Danush G.Sivam
Title:Aku Sebuah Basikal
2016-01-24 17:19
         Aku sebuah basikal berjenama 'BLACK SNIPER'.Aku dilahirkan di sebuah kilang terletak di Shah Alam,Selangor.Tubuhku telah diperbuat daripada besi dan plastik yang berkualiti.  
 
         Pada suatu hari,aku telah dihantar ke sebuah kedai di Petaling Jaya dengan menggunakan sebuah lori.Kedai itu dikenali sebagai 'Street Bike'.Di sini,aku dipamerkan kepada orang ramai.Ramai pelanggan yang tertarik dengan kelebihanku tetapi mereka tidak mampu untuk membeliku kerana aku dijual dengan harga yang mahal,iaitu RM 700.  
 
         Pada suatu hari,seorang bapa bersama anak lelaki yang berusia 12 tahun telah membeliku.Dia membayar wang kepada penjual lalu membawa aku pulang ke rumahnya.Aku telah diberikan kepada anak lelakinya tadi yang bernama Carlos.  
 
         Carlos selalu menunggang aku ke sekolah dan bersiar-siar di sekitar taman rekreasi yang berdekatan.Dia juga selalu menunggangaku dengan gembira di tepi pantai pada hri minggu.Aku berasa sangat bangga kerana dapat berkhidmat kepada tuanku.Aku dijaga dengan begitu baik sekali.Dia rajin membersihkan badan aku apabila kotor.  
 
         Setelah beberapa tahun berlalu,badanku mula berkarat.Cat di badanku juga telah luntur dan bercalar-calar.Aku tidak secantik seperti dulu lagi.Kini aku telah ditempatkan di bangsal kereta ayah Carlos.Di sinilah aku menghabiskan sisa-sisa hidup aku sebagai sebuah basikal.                                
 

tava, (2016-02-02 22:44)
bagus
 
adillah, (2016-01-25 19:03)
wow!karangan awak memang bagus.Selamat berkenalan  

 
Yuvanesh Khatiravan, (2016-01-24 17:28)
Fantastic bro!This is so helpful to my examination!
 
Submit a comment:

Name