Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku Sebiji Tembikai susu, by Aqilah husna
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur Aqilah husna
Title:Aku Sebiji Tembikai susu
2016-01-23 17:26
     Aku sejenis tanaman yang menjalar.Aku ditanam secara komersial di ladang.Pokoku panjang,kecil dan lembut,tetapi aku dan kaum kerabatku sangat besar dan berat.Kadang-kadang ada antara kerabatku mempunyai berat hampr tiga kilogram sebiji.Oleh sebab itulah aku dan kaum kerabatku hidup diatas tanah sejak mula membesar kerana pokok kami tidak dapat menampung tubuh kami.  
 
     Aku berwarna kekuningandan dikenali sebagai tembikai susu.Ada juga kaum sejenisku yang berwarna hijau muda atau hijau tua.Namun biar apapun warna kulit,aku dan kaum kerabatku adalah buah tembikai.  
 
     Rasaku manis dan lazat.Aku mempunyai vitamin dan khasiat yang tinggi untuk kesihatan manusia.Aku sesuai dimakan secara segar atau dijadikan jus istimewa sebagai penghilang dahaga,terutamanya pada    hari cuaca panas.  
 
 
     Biasanya dalam majlis perkahwinan atau sesuatu perayaan,kulitku dibentuk dan diukir begitu cantik untuk menarik perhatian orang ramai dalam majlis tersebut.Isiku dipotong kecil dan dihidangkan bersama buah betik yang dicampurkan ketulan air batu supaya sentiasa segar untuk dinikmati oleh manusia.  
 
     Aku dtanam untuk menjadi maknusia.Aku berasa bangga kerana dapat berbakti.Aku bersyukur kerana matiku tidak sia-sia kerana dimakan maknusia atau haiwan.Pada suatu hari tubuhku yang terlalu masak akn menjadi busuk.  
 
     Memang sudah menjadi lumram alam,setiap yang hidup pasti akan mati.Inilah ketentuan allah terhadap aku dan juga buah-buahan yang lain.
 

Submit a comment:

Name