|
Name: | NURUL RABIATUL ADAWIYAH BINTI IBRAHIM | Title: | ceritakkan sekolah baharu kepada sahabat pena
2016-01-23 14:49 | 134,Rumah Awam Kos Rendah,
Bukit Kuang,
24000 Kemaman,
Terengganu darul Iman.
18 April 2012.
Ke hadapan sahabatku, Syazana Fahimah yang berada di Alor Star,Kedah. Apa khabar saudari? Diharapkan saudari sekeluarga sihat. Saya di sini seperti biasa.
Saudari,
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk bercerita tentang sekolah baharu saya. Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Kuang. Sekolah saya terletak di atas bukit. Kawasan sekitar sekolah saya sungguh cantik dan bersih.
Saya belajar dalam Tahun Enam Amanah. Pada mulanya, agak sukar untuk saya menyesuaikan diri di tempat baharu. Namun, lama-kelamaan semuanya berjalan dengan lancar kerana murid-murid dalam kelas saya peramah dan baik-baik. Selain itu, mereka banyak membantu saya.
Di sekolah saya ada 40 orang guru. Guru di sini baik-baik. Puan Aznita binti Aziz ialah guru besar sekolah saya. Guru kelas saya pula ialah Puan Azura. Walaupun bersikap tegas, namun mereka baik hati.
Sungguh cepat waktu berlalu. Sudah hampir dua bulan saya belajar di sekolah ini. Walaupun saya banyak mendapat rakan baharu, namun mereka tidak sama seperti saudari. Maklumlah kita berkawan sejak kecil. Banyak kenangan pahit dan manis kita harungi bersama-sama.
Sampai di sini dahulu surat saya pada kali ini. Saya berharap agar saudara tidak keberatan untuk membalas surat ini. Semoga persahabatan kita akan terus berkekalan.
Yang benar,
Rabiatul | | meesi, (2016-08-08 00:02) gooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooood
| | Nur Iffah , (2016-07-02 19:48) Betul cakap NUR I
| | Nur I, (2016-07-02 19:46) Tolong perbaiki lagi kerana macam orang tak betul
| | sdsersfgd, (2016-06-01 15:25) aah same la. ini ustazah rabiatul ke
| | alya , (2016-06-01 15:24) ini ustazah rabiatul yang ajar dekat sktr ke . yang ajar 4 aqil dengan 4 danish. nama mcm same dekat ustazah rabiatul adawiyah
| | , (2016-05-18 10:21) Bffjklldtyiplljyg
| | , (2016-05-18 10:21) Bffjklldtyiplljyg
| | Show All Comments |
|
|
|