Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kisah Si Tudung Saji, by aqilah husna
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur aqilah husna
Title:Kisah Si Tudung Saji
2016-01-23 00:56
     Aku dilahirkan di sebuah rumah kecil di kawasan pedalaman di pahang.Tuan yang melahirkan aku adalah sepasang suami isteri yang buta.Merekalah yang mengganyam aku menjadi tudung saji.  
      
     Aku diperbuat daripada rotan yang berkualiti tinggi.Rotan ini diambil mereka dari sebuah hutan.Ada juga kawan-kawan aku diperbuat daripada daun mengkuang.Namun aku begitu tahan lama dan tahan lasak berbanding kawan-kawanku yang diperbuat daripada daun mengkuang.  
      
     Pada suatu hari,ibu bapaku telah membawa aku dan kawan-kawan aku ke pasar tani untuk dijual.Kami di pamerkan di khalayak ramai.Kelihatan rupa kami pelbagai bentuk dan warna.Para pelanggan mula menggerumuni kami kerana ingin membeli.  
 
     Aku dibeli oleh seorang wanita tua yang kaya.Aku dibawanya pulang kerumah.Semenjak itu aku menjadi penutup    makanan keluarga wanita itu.Mereka itu sentiasa menjaga aku dengan baik dan sangat sayang akan aku.Aku gembira tinggal bersama keluarga wanita tua ini.  
 
     Selepas beberapa bulan,suami wanita tua itu telah membawa pulang tudung saji baruTudung saji ini sungguh cantik kerana diperbuat daripada plastik berwarna kuning emas.Sudah tentu tudung saji ini dilahirkan dari sebuah kilang yang besar.Sejak ada tudung saji baru aku tidak dipedulikan lagi.  
 
     Pada malam itu anak wanita tua itu telah mencampak aku    e dalam lubang sampah.Tubuhku dipenuhi sampah sarap dan dihurungi lalat dan tikus.Begitulah nasibku,Si Tudung Saji.
 

Submit a comment:

Name