Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Comel, by Siti Munirah Nalisa
Contoh Karangan UPSR
Name:Kelantan Siti Munirah Nalisa
Title:Comel
2016-01-16 21:29
Pada cuti penggal yang lalu,aku bersama ahli keluargaku yang lain pulang ke kampung.Akulah yang paling seronok kerana sudah lama tidak bermain dengan haiwan peliharaanku yang terpaksaku tinggalkan di kampung.Aku berasa tidak sabar untuk berjumpa dengan Comel,kucing kesayanganku.  
Sebaik saja kereta ayahku memasuki halaman rumah nenekku,aku melonjak kegembiraan.aku segera turun dari kereta,dan mencari Comel.  
Tapi,aku tidak menjumpai Comel.Aku tertanya-tanya di manakah kucingku.aku bertanya kepada nenekku"Dimanakah Comel,nenek?".  
Rupanya,Comel sudah tiada.aku berasa sungguh sedih.kata nenek,Comel telah dilanggar oleh lori sampah ketika sedang bermain di jalan.  
nenek menasihatiku,supaya jangan bersedih,kerana Comel akan lebih aman di sana.Aku berasa tenang selepas mendengarnya.Aku tidak perlu bersedih,kerana semua yang hidup akan mati juga.
 

Submit a comment:

Name