Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Perbualan dengan Rakan Melalui Telefon, by Sharumathee
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak Sharumathee
Title:Perbualan dengan Rakan Melalui Telefon
2016-01-12 03:22
Saya menelefon kawan saya untuk memberitahu tentang buku latihan Bahasa Malaysia Penulisan yang bertukar dengannya . Berikut adalah perbualan saya dengan rakan saya itu .  
 
Diana :Helo,Boleh saya bercakap dengan Mary?  
Mary    :Ya,saya Mary.Boleh saya tahu,siapa yang sedang                                        bercakap di sana?  
Diana :Saya,Diana  
Mary    :Oh,Diana.Ada apa kamu menelefon saya?Tentu ada hal yang mustahak.  
Diana :Sebenarnya kita telah berrtukar buku latihan semasa sedang sibuk berkemas hendak pulang ke rumah tengah hari tadi.  
Mary    :Oh,begitu!Buku latihan yang mana pula,Diana?  
Diana :Buku latihan Bahasa Malaysia Penulisan.Saya menyedarinya apabila saya hendak membuat latihan karangan wawancarayang diberikan oleh Cikgu Md.Ramli sebentar tadi.  
Mary    :Tentu buku kamu ada pada saya.Apa yang harus kita buat sekarang?Kita ada latihan penulisan yang mesti disiapkan dan dihantar esok.  
Diana :Mary janganlah risau.Saya akan meminta pertolongan daripada kakak saya.Dia akan menemani saya untuk menghantar buku latihan tersebut ke rumah awak.  
Mary    :Kalau begitu,terima kasihlah,Diana.Saya akan tunggu awak di rumah,nanti bolehlah kita berbual panjang.Saya pun nak tanya awak tentang isi-isi utama tajuk karangan wawancara tersebut .  
Diana :Baiklah Mary.Lebih kurang setengah jam lagi saya akan sampai di rumah kamu.Nanti bolehlah kita bertukar-tukar idea tentang karangan tersebut.  
Mary    :Terima kasih,Diana.Saya doakan seemoga kamu selamat samapai di rumah saya nanti.Berhati-hati di jalan raya.
 

Submit a comment:

Name