Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Bercuti bersama keluarga, by Tengku Airis Zahra
Contoh Karangan UPSR
Name:Putrajaya Tengku Airis Zahra
Title:Bercuti bersama keluarga
2016-01-12 01:50
Saya dan keluarga jarang bercuti bersama sama kerana Umi dan abah saya selalu sebuk dengan kerja masing masing. Saya dan abang akan dihantar ke rumah atuk saya setiap kali umi dan abah pergi keluar negara atas urusan kerja.  
             Umi dan abah merancang untuk bercuti ke Cameron Highland pada cuti hujung tahun. Umi dan abah merusaha untuk mengurangkan kerja untuk diberikan kepada pakngah dan pakcik . Saya dan abang berasa gembira kerana akan pergi bercuti bersama keluarga.  
            Jam loceng yang berada di sebelah katil berbunyi menandakan pukul 6 pagi. Saya bergegas untuk mandi dan bersiap untuk solat berjemaah bersama sama keluarga. Setelah selesai solat, abah menyuruh saya dan abang bersiap untuk pergi bercuti. Saya dan abang berlari masuk kedalam bilik untuk mengemas baju.  
             Setelah selesai mengemas, abah menyuruh kak Zara, pembantu rumah untuk mengangkat barang barang. Dalam beberapa minit ,kami bertolak dari Putrajaya ke Cameron highland . Selepas beberapa jam meredah kesesakan lalu lintas, akhirnya kami sampai ke destinasi yang ingin dituju . Abah menyewa sebuah bilik yang besar di hotel yang mewah .    Kami menuju ke pintu bilik lalu terus ke balkoni untuk melihat pemandangan di luar . Pemandangan di sana tersangatlah cantik. Setetelah puas melihat pemandangan kami masuk lalu menuju ke bilik untuk menyimpan barang barang . Bilik di situ tersangatlah kemas dan tersusun. Kami mengajak umi dan abah untuk bersiar siar di luar tetapi abah memberitahu bahawa kami akan demam jika keluar dari hotel dengan cuaca yang sangat sejuk.  
             Keesokan harinya , kami sekeluarga keluar dari hotel ke ladang strawberi. Di sana kami dapat memetik sendiri buah strawberi dan melihat pokok strawberi. Saya dan abang gembira kerana dapat pergi ke sana. Abah membeli beberapa buah strawberi untuk dibawa pulang.  
                Bercuti bersama keluarga bukan sahaja mengembirakan tetapi dapat mengeratkan kekeluargaan. Saya bersyukur kerana    mendapat sebuah keluarga yang bahagia.  

 

nur ain farhana, (2016-02-20 16:46)
Saye rase karangan awak memang terbaik.tetapi kurang isi.but saye saport karangan awak.saye bagi 10 bintang...semoga berjay  
a.#budak bijak
 
, (2016-02-10 18:27)
Nice essay
 
, (2016-01-21 23:00)
t2q  

 
asmaa ainaa, (2016-01-17 21:29)
Ada beberapa perkataan yg dieja salah..
 
yoon jeonghan, (2016-01-17 19:30)
berapa patah perkataan ni?
 
Submit a comment:

Name