Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Surat kepada sahabat pena kamu, by Nazifa Jasmin
Contoh Karangan UPSR
Name:Kelantan Nazifa Jasmin
Title:Surat kepada sahabat pena kamu
2015-12-25 02:52
                                                                                     Jalan Meranti,  
                                                                                        Kampung Senor  
                                                                                    17010 Pasir Mas  
                                                                                                 Kelantan  
                                                                                 24 Disember 2015  
Saudari,  
         Apa khabar, saudari? Saya berharap saudari berada dalam keadaan sihat walafiat. Saya dan keluarga di sini juga berada dalam keadaan sihat-sihat belaka.  
            Menemui sahabatku yang diingati selalu, Alia yang kini berada di Ayer Itam, Pulau Pinang . Semoga sihat sejahtera.  
         Surat saudari telah selamat saya terima. Terima kasih saya ucapkan kerana saudari masih mengingati saya. Dalam surat saudari yang lepas, saudari bertanyakan tentang pengalaman di kampung nenek saya. Sememangnya saya mempunyai pengalaman di kampung nenek saya.  
 
         Saya bercuti di kampung nenek pada cuti sekolah yang lepas. Saya berada di kampung nenek selama lima hari. Udara di sini sangat nyaman. Setiap pagi kedengaran burung berkicauan. Setiap hari, datuk membawa saya dan adik ke dusunnya. Kebetulan pada masa itu ialah musim buah-buahan. Di dalam dusun datuk terdapat pelbagai jenis buah-buahan seperti durian, rambutan, pisang, manggis, dan lain-lain lagi. Saya dan adik membantu datuk mengutip durian dan memetik rambutan. Kemudian, kami makan buah-buahan dengan sepuas-puasnya.  
         Pada waktu pagi, saya menolong memberi makanan kepada haiwan yang diternak olehnya. Haiwan yang diternak oleh datuk saya ialah ayam dan kambing.  
            Pada waktu petang, datuk membawa saya memancing ikan di tepi sungai yang terletak di belakang rumah nenek. Selain itu, datuk juga mengajar saya membuat layang-layang. Kemudian, kami bermain layang-layang di tanah lapang. Nenek juga telah memasak lauk-pauk yang enak untuk kami. Oh, ya, adakah saudari pernah pergi ke rumah nenek saudari?  
         Sampai di sini sahaja saya coretkan. Sampaikan salam mesra saya kepada keluarga saudari.  

 

, (2016-05-09 19:10)
fvfv v
 
, (2016-05-09 19:10)
xv
 
, (2016-05-09 19:10)
xv
 
, (2016-05-09 19:10)
xv
 
, (2016-05-09 19:10)
xv
 
, (2016-05-09 19:10)
xv
 
, (2016-05-09 19:10)
c c c x xcvx
 
Show All Comments
Submit a comment:

Name