Welcome!

Contoh Karangan UPSR: KEMALANGAN JALAN RAYA, by R.HARRINEESRI
Contoh Karangan UPSR
Name:Pulau Pinang R.HARRINEESRI
Title:KEMALANGAN JALAN RAYA
2015-12-05 16:16
     Kemalangan jalan raya boleh dielakkan jikalau kita mematuhi peraturan semasa berada di jalan raya. Selain itu, kita juga hendaklah mengikut arahan papan tanda. Semua peraturan dan papan tanda betujuan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya dan menlancarkan perjalanan.  
 
     Selain itu, para pemandu juga tidak boleh mabuk semasa memandu. Jikalau meraka mabuk, meraka tidak sedar apa yang sedang berlaku. Mereka juga tidak boleh memandu dengan berhati-hati.  
 
     Kenderaan pula hendaklah diselenggara dengan baik sepanjang masa. Apabila kenderaan tidak dijaga dengan baik, kemalangan mudah berlaku. Mereka juga tidak boleh memandu dengan berhati-hati.  
     Di samping itu, para pemandu hendaklah mengikut had laju yang telah ditetapkan. Sekiranya kenderaan itu dipandu laju, pemandu sukar membrekkan kenderaan secara tiba-tiba. Selain itu, kenderaan juga mudah terbabas dan melanggar benda-benda lain.  
        Akhir sekali, pengguna jalan raya hendaklah menggunakan jejantas, lintasan belang atau lampu isyarat semasa melintas jalan raya. Kita sukar melintas jalan raya jikalau kenderaan sibuk lalu-lalang. Menggunakan jejantas, lintasan belang atau lampu isyarat dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
 

Khairul, (2015-12-22 12:30)
/ A fantastic blpoogst, I just passed this onto a colleague who was doing a little analysis on that. And he in fact purchased me breakfast because I found it for him. smile... So let me rephrase that: Thnx for the treat! But yeah Thanks for taking the time to talk about this, I feel strongly about it and love reading more on this topic. If possible, as you gain expertise, would you mind updating your blog with more details? It is extremely helpful for me. Two thumb up for this blog!
 
Submit a comment:

Name