Welcome!

Contoh Karangan UPSR: peristiwa yang tidak dpt dilupakan, by Nurshuhadah_aris
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Nurshuhadah_aris
Title:peristiwa yang tidak dpt dilupakan
2015-11-30 20:43
pada hari minggu,aku telah manaiki ke bandar untuk membeli buku rujukan . semasa dalam perjalanan,hujan turun degan lebat.hati ini, tiba-tiba terfikir akan berlakunya kemalangan.  
        keadaan jalan raya sangat licin disebabkan hujan yang sangat lebat. pemandu memandu degan berhati-hati. tiba-tiba, sebuah motosikal di belakang kami memotong laju di hadapan bas lalu bas kami terbabas.pemandu bas mencuba untuk mengelak daripada melanggar kereta yang lalu-lalang.  
        semua penumpang,di dalam bas menjerit kerana tergamam seketika. di dalam hati ini hanya mampu berdoa dan berserah sahaja.sekelip mata pandanganku menjadi gelap gelita setelah sahaja aku kedengaran suatu dentuman yang sangat kuat.  
         aku mencuba untuk memebuka mata,tetapi pandanganku menjadi kabur.aku hanya mendengar suara penumpang yang tidak bermaya menahan kesakitan dan jeritan suara meminta tolong.setelah aku sedar sepenuhnya,aku sudah pun berada di bahu jalan.aku dapat melihat pasuakn polis dan bomba sedang bertungkus-lumus untuk menyelamatkan mangsa kemalangan yang lain.  
            aku mencuba untuk berdiri tetapi tidak bermaya.kepalaku juga berasa pening. aku bernasib baik kerana mengalami kecederaan ringan sahaja.penumpang yang lain juga diberikan rawatan di situ juga.  
            aku berasa sedih apabila terkenang peristiwa tersebut.sebanyak tiga orag telah terkorban dalam kemalangan.walaupun peristiwa itu telah tiga tahun yang lalu tetapi aku masih terbayang-bayangkannya ketika aku berada di jalan raya.bak,kata pepatah Melayu,"malang tidak berbau."
 

Submit a comment:

Name