Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku sebuah kereta, by Syasya
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur Syasya
Title:Aku sebuah kereta
2015-11-30 16:23
Saya sebuah kereta Myvi.Saya dilahirkan disebuah kilang kereta di Rawang. Kehebatan tubuh saya dikagumi oleh penggemar kereta.  
  Tubuh saya mengandungi besi dan enjin yang dihasilkan dengan teklologi Toyota. Kemudian, saya di sembur dengan cat berwarna biru muda.Sebelum saya dipasarkan saya dipandu uji oleh pemandu yang terlatih dan berpengalaman untuk memastikan saya betul-betul menepati piawaian yang ditetapkan.  
   Bersama-sama dengan teman yang lain, saya dibawa ke Kota Bharu dengan menggunakan lori panjang. Saya diletakkan di sebuah kedai kereta.Tanpa saya duga, rupa-rupanya diri saya telah ditempah oleh seorang pembeli sejak tiga bulan yang lalu dengan harga RM65 000.00.               Setelah urusan pembelian selesai, saya dibawa pulang oleh tuan saya. Tuan saya membawa isterinya bersiar-siar dengan menggunakan saya. Sejak itu, bermulalah tugas saya membawa tuan pergi ketempat kerja dan kadangkala, saya saya dipandu oleh isteri tuan saya untuk ke pasar.  
  Untuk menguji kelajuan saya di lebuh raya, tuan saya memecut sehingga 100 kilomiter sejam.  Apabila tuan saya berpuas hati memecut, saya dipandu dalam kelajuan sederhana. Saya berpuas hati kerana dijaga dengan cermat.  
   Apabila tuan saya sudah mempunyai anak, dirasakan saya terlalu kecil, lalu tuan saya membeli kereta yang lebih besar. Saya kurang lagi digunakan.  
   Saya kecewa bagaikan kaca jatuh ke batu, namun saya gembira kerana masih dapat berbakti.
 

, (2015-12-08 15:56)
dsvfcvbhmkgj;oi nli tyijuiyhkhjkfnhkj
 
Submit a comment:

Name