Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Melancong ke Jepun, by Yaya Arlana
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Yaya Arlana
Title:Melancong ke Jepun
2015-11-26 13:15
Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga telah makan angin di negara matahari terbit iaitu Jepun. Kami bergerak dari rumah pada pukul 7.00 pagi. Perjalanan dari rumah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hanya mengambil masa 30 minit kerana rumah kami terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Suasana di Kuala Lumpur sibuk dengan kenderaan menyusur masuk keluar. Saya dapat melihat pencakar langit yang tinggi-tinggi belaka.  
                                Setelah bagasi kami diperiksa, kami terus menaiki Kapal Terbang Air Asia dan duduk seperti yang diarahkan. Ini adalah kali pertama saya menaiki kapal terbang. Keadaan di dalamnya sangat selesa. Pramugari dan pramugaranya pula sangat mesra. Beberapa jam kemudian, kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Chitose, Hokkaido yang sangat luas.  
                                Kami terus menaiki teksi menuju ke tempat penginapan. Masa yang diambil untuk ke sana hanyalah 25 minit. Setelah sampai, kami terus meletakkan bagasi. Kami berehat sebentar. Waktu di Jepun sekarang pukul 4.00 petang. Kami solat jamak takhir. Selesai solat, ayah bercadang untuk bersiar-siar di sekitar Jepun termasuklah pulau-pulau di Jepun. Antaranya Pulau Shikoku, Pulau Kusyu dan Pulau Honsyu.  
                                Kami bersiar-siar di pulau yang terkenal di Jepun iaitu Pulau Hokkaido. Persekitaran pulau ini sangat bersih dan nyaman. Ombak di lautan seolah-olah memanggil saya untuk berenang. . Ibu membentangkan tikar dan berehat sambil memakai kaca mata hitam sementara saya, adik dan abang bermandi-manda bersama ayah. Setelah puas bermain, kami membina istana pasir dan bermain bola pantai . Apabila hampir senja, kami pulang ke tempat penginapan.  
                                Keesokan paginya, kami bersarapan di Sushi Bar, iaitu restoran yang mempunyai pelbagai jenis sushi yang sedap belaka. Restoran yang terletak di bandar raya Osaka itu dipenuhi ramai pelanggan yang ingin bersarapan. Kami terpaksa menunggu selama 20 minit untuk makan. Saya makan dengan sangat banyak. Air teh Jepun, ocha sangat enak dan menenangkan. Hari ini ayah bercadang untuk melawat Pusat Tarian Nakachi iaitu pusat tarian yang diuruskan oleh seorang kenalan ayah.  
                                Kami ke Pusat Tarian Nakachi dengan menaiki van pelancongan. Lima belas minit kemudian, kami tiba di sana. Tempat itu sangat cantik. Dekorasi dan susunan perabot amat kemas dan tersusun. Ruang latihannya pula sangat luas dan lapang. Kami duduk sambil menunggu ibu dan ayah. Beberapa minit kemudian, ibu dan ayah telah siap dengan salinan pakaian untuk menari tarian Bon Odori.  
                                Kami tiga beradik juga turut menyalin pakaian tarian Bon Odori. Pekerja di situ mengajar kami menari Bon Odori. Agak kekok juga kerana kami tidak pernah menari menggunakan terompah, geta dan memakai yukata yang dihiasi dengan tali kain, obi. Walaupun kali pertama menari Bon Odori, kami berasa puas dan seronok. Ini merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan.  
                                Sebelum pulang, kami menikmati teh hijau Jepun, ocha yang panas dengan sedikit nori bakar. Kami meminta diri untuk pulang. Kami menaiki van pelancongan dan terus pulang ke tempat penginapan.  
                                Esok ialah hari terakhir kami di Jepun. Sebelum pulang, kami sempat membeli sedikit cenderahati untuk dibawa pulang ke Malaysia. Keesokan harinya, kami bersiap untuk ke lapangan Terbang Antarabangsa Chitose, Hokkaido. Awal pagi lagi kami sudah tiba di situ.  
                                Kami menaiki pesawat iaitu Air Asia. Saya duduk di tepi tingkap. Saya akan datang ke sini lagi pada masa akan datang. Saya berazam dalam hati. Pengalaman sepanjang berada di Jepun takkan luput dari ingatan.  
 

 

Submit a comment:

Name