Welcome!

Contoh Karangan UPSR: kucingku sayang, by siti maisarah
Contoh Karangan UPSR
Name:N. Sembilan siti maisarah
Title:kucingku sayang
2015-11-24 01:31
         Aku dan keluargaku ada membela seekor kucing bernama Awin.Awin berbulu putih,berekor kontot dan bermata biru.Awin memang sangat comel.Sayangku pada Awin tiada tolok bandingnya.Awin ialah penceria di rumahku.Ibu dan ayahku juga sayangkan Awin.Setiap pagi Awin pasti akan mengejutkan aku serta ibu ayahku.Itulah salah satu sikap Awin yang sangat disenangi.  
         Pada suatu pagi,Awin keluar dari rumah seperti biasa.Tiada apa perbezaan.Tetapi sampai dua hari Awin tidak pulang ke rumah.Risau dan sedih bercampur baur.Pelbagai andaian bermain di mindaku dan keluarga.Merata tempat telah kami cari tetapi tidak juga kami jumpai.Tiap malam kami melakukan solat hajat.  
         Setelah empat hari menghilangkan diri,akhirnya Awin pulang ke rumah.Bahagianya hatiku hanya Allah sahaja yang tahu.Berkali kali ayahku mengucapkan syukur ke hadrat ilahi.Lapang hatiku melihat Awin.Kupeluk dan kucium pipinya.Betapa risaunya hatiku saat Awin menghilangkan diri entah ke mana.  
         Kini keluargaku kembali ceria.Tiada lagi tangisan.Tiada lagi kerisauan.Hanya kebahagiaan dan kegembiraan yang melengkapi hidup kami.Betapa kami sangat bersyukur kehadrat ilahi kerana telah mengembalikan Awin ke pangkuan kami sekeluarga.Kami bertekad mahu menjaga Awin sebaiknya.Tidak akan kami biarkan Awin kesakitan atau kelaparan.  
         Akhir kata,kehadiran Awin ke rumah kamu amat kami senangi.Awin sangat bererti buat kami sekeluarga.Hargailah kucing kerana kucing ialah haiwan kesayangan nabi.
 

Submit a comment:

Name