Welcome!

Contoh Karangan UPSR: berkelah di pantai, by khalis hadaina
Contoh Karangan UPSR
Name:Terengganu khalis hadaina
Title:berkelah di pantai
2015-11-01 02:51
    Pada hari Ahad yang lalu,bapa membawa kami sekeluarga berkelah di Pantai Bukit Keluang.Kami menaiki kereta bapa ke sana.Kami berbual-bual sepanjang perjalanan.  
                        Setibanya di destinasi,bapa mengeluarkan bekalan dari but kereta.Kami menolong mengangkat barangan lalu meletakkan bekalan kami di bawah sepohon pokok yang rendang.Cuaca pada hari itu cerah dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.Kelihatan banyak pengunjung berada di pantai.Suasana di sana riuh-rendah dan meriah.  
                        Tanpa membuang masa lagi,saya dan adik segera menukar pakaian renang.Kami membawa pelampung besar yang baru dibeli.Saya dan kakak berenang dengan gembira.Abang pula belajar menyelam.Bapa membaca surat khabar manakala ibu mendengar muzik di pantai.Oleh sebab adik tidak pandai berenang,dia melonggok pasir dan membina istana pasir di pantai.  
                        Setelah penat berenang,kami menjamu selera di pantai.Ibu menyediakan pelbagai hidangan di atas tikar mengkuang.Kami menikmati mi goreng,sate,kuih-muih, tembikai dan jus oren.Kami makan dengan gelojohnya kerana terlalu lapar.Tambahan pula,masakan ibu sungguh enak dan berkhasiat.  
                        Kemudian,kami bermain bola tampar di pantai.Pemandangan di pantai indah nian.Kami sekeluarga mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.Ibu dan bapa juga bersiar-siar di pantai sambil berbual-bual dengan mesranya.  
                        Kami mengemaskan barangan dan membersihkan tempat perkelahan sebelum pulang.Kami membuang sampah-sarap ke dalam tong sampah demi menjaga kebersihan pantai.Selepas itu,kami pulang dengan gembiranya.Berkelah di pantai merupakan aktiviti yang menyeronokkan.
 

Submit a comment:

Name