Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Pengalaman Saya Semasa Cuti Sekolah, by Hany Alya
Contoh Karangan UPSR
Name:Pahang Hany Alya
Title:Pengalaman Saya Semasa Cuti Sekolah
2015-11-01 00:13
     Pada cuti sekolah yang lepas,saya dan kakak saya telah pergi ke Discoveria di Avenue K,Kuala Lumpur.Kami bertolak dari rumah selepas solat Zohor.Kereta yang saya naiki dipandu oleh abang ipar saya.  
 
     Kami tiba di Kuala Lumpur jam 3.00 petang.Sebelum kami pergi ke Discoveria di Avenue K,kami menginap di sebuah hotel yang berdekatan dan kami makan tengah hari disitu.Selepas makan,kami terus pergi ke Discoveria di Avenue K.Setelah tiba disana,kakak saya mengeluarkan sejumlah wang kepada penjaga kaunter sebelum memasukinya.Belum sempat kami melangkah masuk,kami terlihat seorang lelaki yang bernama 'Santa Claus'.Beliau memberikan saya sebatang lolipop.  
 
     Semasa di Discoveria,saya melihat pelbagai jenis dinasour.Antaranya T-rex,Triceratops dan lain-lain lagi.Setelah melihat pelbagai jenis dinasour,kami membeli pelbagai cenderamata.Antaranya rantai kunci,botol air,baju dan lain-lain lagi.  
 
     Seterusnya,kami pergi ke Suria KLCC yang terletak bersebelahan dengan Avenue K.Disana saya membeli banyak barang.Antaranya,minyak wangi,jam,beg,kasut dan banyak lagi.Setelah penat seharian berjalan,kami pun pulang ke hotel.  
 
        Pada keesokan harinya,saya dan anak saudara saya mandi di kolam renang yang disediakan oleh hotel.Kami mandi dari pagi hingga tengah hari.Setelah penat bermandi-manda,kami berasa kelaparan.Kami pulang ke bilik dan menukar baju.Kami makan di restoran yang hotel sediakan.Selepas makan,kami pulang ke bilik untuk mengemas baju,kerana kami ingin pulang ke Pahang pada jam 12.00 tengah hari dan tiba pada jam 2.00 petang.Itulah pengalaman saya semasa cuti sekolah yang lepas.
 

paang, (2015-11-01 01:35)
not bad... bagusssssssssssssssss!!!!!
 
Submit a comment:

Name