Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Hobi saya, by Brentha
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Brentha
Title:Hobi saya
2015-10-22 21:09
Hobi bermaksud sesuatu aktiviti yang dilakukan apabila waktu lapang. Contohnya membaca, memasak, bermain bola dan berkebun. Hobi saya ialah membaca novel.  
 
                    Membaca boleh memberi banyak faedah. Membaca dapat membaiki bahasa kita. Membaca juga dapat menguatkan imaginasi. Terdapat banyak faedah membaca yang lain.  
 
                     Saya melaksanakan hobi pada setiap pagi. Saya membaca bersama adik-adik. Saya juga membaca pada waktu petang.  
 
                    Dengan membaca saya dapat menyertai pertandingan mengarang esei serta bercerita. Saya menjadi wakil negeri dalam pertandingan mengarang esei.  
 
                 Harapan saya agar ramai yang akan memilih membaca sebagai hobi mereka kerana membaca dapat memberikan banyak faedah
 

Submit a comment:

Name