Welcome!

Contoh Karangan UPSR: laporan lawatan sambil belajar ke melaka bandaraya bersejarah, by alyaqis balqis
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak alyaqis balqis
Title:laporan lawatan sambil belajar ke melaka bandaraya bersejarah
2015-10-21 20:01
                             Laporan Lawatan Sambil Belajar                                  
                             Ke Melaka Bandaraya Bersejarah  
    Pada hari Isnin,12 Oktober 2015,ahli Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Seri Sitiawan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke negeri Melaka Bandaraya Bersejarah.Lawatan ini disertai oleh 82 orang ahli persatuan dan 8 orang guru penasihat.  
    Sebelum bertolak pada pukul 6:30 pagi,kami diberikan taklimat ringkas oleh guru penasihat berhubung dengan keselamatan dan program yang diadakan disana.Tujuan utama lawatan ini adalah untuk menimba pengetahuan tentang kesan-kesan sejarah di Melaka di samping mengisi masa lapang ahli persatuan selepas tamat peperiksaan UPSR dan PKSR.  
    Kami tiba di Melaka kira-kira pukul 11:30 pagi dengan  
bas sewaan khas.Selepas makan tengahari,kami melawat Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan ,diikuti dengan kunjungan ke Kota A'Famosa.Cikgu Roslan menerangkan aspek sejarah dengan kedua-dua tempat tersebut.  
    Pada pukul 2 petang,kami berkunjung ke Muzium negeri Melaka.Pegawai muzium menerangkan asal-usul di sebalik artifak yang dilihat.Kami meneruskan lawatan dengan menaiki Menara Taming Sari untuk melihat pemandangan di sekitar kawasan bandar hilir.  
    Kami mendaftar masuk ke hotel untuk meletakkan barang dan membersihkan diri.Selepas minum petang dan solat asar,kami menuju ke Sungai Melaka.Di sana kami berpeluang menaiki Water Cruiser mengelilingi Sungai Melaka.  
    Keesokan hari,kami meneruskan lawatan ke Perigi Hang Tuah dan Muzim 3D.Kami sangat teruja melihat perigi Hang Tuah serta dapat mengabadikan kenang-kenangan di Muzium 3D yang sangat canggih dan moden itu.Tepat pukul 12:30 hari,kami pun bertolak pulang ke Perak.Walaupun berasa penat mengikuti lawatan tersebut,namun kami berasa amat gembira kerana memperoleh pengalaman dan pengetahuan daripada lawatan ini.  
 
Laporan disediakan oleh,  
@]y@  
(NUR ALYA BALQIS)  
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu  
Sekolah Kebangsaan Seri Sitiawan
 

HAARESH VAHRMAN, (2018-08-11 01:31)
karangan yang gramatis dan mantap.Cuma ada kesalahan tatabahasa sahaja...........................
 
, (2018-04-15 22:37)
Ť
 
, (2018-03-21 15:27)
Haha
 
tiada nama #hantu# , (2018-02-19 16:32)
laporan ini bagus!!!  

 
sasivarunan, (2018-02-19 15:24)
bestnya laporan ini......
 
jjkbhk, (2018-02-18 21:38)
kjhbkj
 
entah, (2017-12-20 00:47)
siap keje
 
Show All Comments
Submit a comment:

Name