Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Rakan yang saya sayangi, by Brentha
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Brentha
Title:Rakan yang saya sayangi
2015-10-20 19:05
            Setiap orang di dunia ini pasti mempunyai rakan karib. Rakan baikku bernama Ahmad Zaid. Dia belajar dan tinggal di tempat yang sama denganku.  
          
            Pada waktu pagi,kami pergi ke sekolah bersama-sama dengan menaiki van. Kami belajar bersama-sama dalam satu kelas. Kami saling membantu dalam sebarang masalah yang dihadapi khususnya yang berkaitan dengan pelajaran.  
 
 
     Ahmad Zaid rakan yang sangat baik. Dia selalu menolong aku jika ada sebarang kesulitan yang dialami. Dia tidak pernah mengharapkan sebarang balasan atas pertolongannya. Segala pertolongan yang dilakukan kepadaku sungguh ikhlas.  
 
     Kami sering berkongsi perasaan suka dan duka bersama-sama. Kami juga saling menasihati antara satu sama lain. Dia seorang yang pandai menyimpan rahsia dengan baik. Aku banyak belajar tentang kemanusiaan daripada sikapnya itu.  
 
 
        Ahmad Zaid juga tidak mementingkan diri sendiri. Dia banyak bertolak ansur dalam pelbagai hal dalam persahabatan kami. Aku berasa gembira apabila berada bersama-sama dengannya. Sikapnya yang bertimbang rasa dan jujur itu benar-benar mengujakan diriku.  
 
    Aku sentiasa berdoa dan berharap agar hubungan kami ini akan berkekalan. Aku sentiasa berdoa agar Ahmad Zaid sentiasa dilindungi oleh Tuhan
 

Zeynep, (2015-12-22 15:42)
Dear Ping,I miss Taiwan already I think hnavig grown up in Canada but have the love for Asia, that is why I chose Taiwan and Taichung in particular during my initial stay. Sapporo would have been my other choice I am on the verge of making a somewhat big decision, I love to create and love food ever since I was a child. I picked playing kitchen over barbie dolls LoL During my time in Taiwan, I had the chance to get back in touch with my creative roots in arts, photography and food. As one of my mentor from Theatre said to me before I left for Taiwan: You are so pregnant with creativity, and you are ready to pop. And I believe in Taiwan is where I pop and now just finding how to nourish it.I am in the midst of thoughts of doing a small startup business in Taiwan hoping to use my love for creativity and food, combined with my versatile background to be able to bring happiness and positivity to people. That is my dream.So, I am on the verge of making a leap into that road of starting something small in Taiwan though it seems to be not as simple for foreigners to start up a business in Taiwan .certain rules that government requires seemed a bit tough to meet for a startup.Thank you Ping for your reply, I always find your replies encouraging and soothing in ways.Please Take Care I am hoping to be back to Taiwan soon.Serena
 
Submit a comment:

Name