Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku Sebuah Cawan, by Esmyn Bart
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur Esmyn Bart
Title:Aku Sebuah Cawan
2015-10-20 18:16
    Aku sebuah cawan. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang teramat besar. Kilang itu terletak di Sweden. Aku dilahirkan pada 3/6/2015. Selepas beberapa hari, aku dihantar ke Malaysia. Aku diletak kedalam sebuah kedai perabot yang teramat besar bernama Ikea.  
 
    Pada suatu hari, terdapat seorang wanita bernama Puan. Aliya membeli aku. Aku dibawa ke rumah tuanku. Sejak daripada hari itu, aku digunakan setiap hari. Aku berasa amat gembira kerana mempunyai tuan yang sangat menghargai ku. Selapas aku diguna, aku dibasuh dengan bersih oleh pembantu rumah tuanku.  
 
    Pada suatu hari, tuanku membeli sebuah cawan baru. Semenjak hari itu aku telah dilupakan. Aku tidak lagi digunakan. Aku berasa sangat sedih dan pilu kerana, aku harus duduk di dalam kabinet yang gelap ini keseorangan diri.  
 
    Lama kelamaan, aku mula berhabuk kerana, aku sudah lama tidak digunakan. Bertuah sungguh cawan baru tuanku itu. Dia tidak perlu duduk di dalam kabinet yang gelap ini seorangan.  
 
    Keesokan harinya, aku diambil oleh anak kepada tuanku. Aku berasa sangat gembira kerana, sekian lama aku digunakan lagi. Anak kepada tuanku itu dengan berhati - hati menuangkan susu kedalam ku.  
 
    Semenjak hari itu, aku digunakan setiap hari sekali lagi. Aku sangat bersyukur kerana aku digunakan dan dijaga dengan baik sekali lagi. Aku berjanji tidak akan sedih lagi. Aku akan sentiasa gembira dan bersyukur kerana aku digunakan semula.
 

Philip Mark, (2015-10-21 01:12)
Girl u lookin nice....i love u babe...oh i just wanna kiss you babe  

 
Submit a comment:

Name