Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku Sebuah Telifon Pintar, by Esmyn Bart
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur Esmyn Bart
Title:Aku Sebuah Telifon Pintar
2015-10-19 17:51
    Aku sebuah telefon pintar. Aku berjenama iPhone. Aku dilahirkan pada 6/11/2015. Aku dilahirkan di kilang iPhone di California, United States of America. Selepas beberapa minggu, aku dihantar ke Malaysia. Aku diletakkan di sebuah kedai bernama EpiCentre.  
 
    Aku diletakkan ke dalam kabinet kaca yang besar, kerana aku adalah iPhone terbaharu. Aku selalu dipuji oleh ramai orang. Walaupun aku selalu dipuji, aku tetap tidak dibeli. Mungkin kerana hargaku terlalu mahal atau mungkin aku tidak cukup cantik.  
 
    Hatiku berasa sedih kerana, setiap hari aku sering melihat rakan - rakanku dibeli namun, aku duduk didalam kabinet kaca ini keseorangan. Aku sangat sedih. Pada suatu hari, tuan kedaiku, menukar hargaku daripada RM3250 kepada RM1342.  
 
    Idea tuanku berhasil dan, terdapat seorang wanita muda membeliku. Kata - kata tidak dapat terangkan betapa gembira aku berasa. Tuan baruku membeli sebuah baju baru untukku. Ianya sangat cantik, ia berwarna merah jambu dan biru muda.  
 
    Telah lama masa berlalu. Tidak kusangkakan bahawa aku telah berkhidmat untuk tuanku selama 3 tahun. Pada suatu hari, tuanku keluar ke restoran berhampiran. Semasatuanku sedang makan, tuanku mengambil gambar dengan menggunakanku.  
 
    Semasa tuanku sedang mengambil gambar, seorang pencuri mencuri beg tangan tuanku lalu aku terjatuh. Tuanku menjerit meminta tolong. Pencuri itu sangat marah lalu, menembak tuanku. Tuanku terus menunggal dunia.  
 
    Begitu juga dengan aku, aku tidak boleh digunakan lagi kerana tubuhku telah retak kerana terjatuh. Itulah kisahku sebagai telifon pintar. Aku berasa sedih kerana kehilangan tuanku dan kehilangan nyawaku. Walaupun begitu, aku masih sangat gembira kerana dapat berkhidmat untuk tuanku.
 

Divashinii Ramesh , (2015-10-26 23:43)
It was very good.
 
Submit a comment:

Name