Welcome!

Contoh Karangan UPSR: lawatan sambil belajar di negeri melaka, by Nurul Najihah
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Nurul Najihah
Title:lawatan sambil belajar di negeri melaka
2015-10-19 15:19
Sabtu,29 OGOS 2015  
            Persatuan Bahasa Melayu,Sekolah Kebangsaan Seksyen 26 Shah Alam telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Negeri Melaka.Seramai 40 murid dan 4 orang guru pengiring turut serta dalam lawatan itu.  
 
7:30 pagi  
         Semua murid berkumpul di tapak perhimpunan para    peserta lawatan diberi taklimat ringkas oleh En.Ahmad Bin Mohd Hassan, ketua lawatan.Para peserta diingatkan supaya berdisiplin dan menjaga kebersihan sepanjang lawatan tersebut.  
8:00 pagi  
         Bas bertolak ke destinasi.Sepanjang perjalanan kami dapat melihat keindahan alam semula jadi, sawah padi luas terbentang dan gunung-ganang yang menghijau.  
10:00 pagi  
         Kami tiba ke Negeri Melaka.Tempat pertama yang dilawati ialah Mini Malaysia.Di sini kami dapat melihat beraneka jenis replika rumah negeri-negeri di Malaysia.Seterusnya, kami ke taman buaya Melaka yang letaknya tidak jauh dari Mini Malaysia.Terdapat beraneka    spesies buaya di situ.Kami juga berkunjung ke rumah hantu dan kota sesat.  
12:00 tengah hari  
         Kami ke bandar Hilir makan tengah hari.Saya bersama -sama kawan saya makan bekalan yang kami bawa dari rumah.Ada juga yang makan di gerai-gerai di situ.  
         Selepas makam,kami bersiara-siar di situ.Kami dapat melihat Kota A'Famosa,kubu pertahanan portugis ketika zaman perjajahan dahulu.Di situ juga kami melawat ke muzium Negari Melaka.Di muzium tersebut,kami dapat melihat hasil peninggalan sejarah.Kami juga sempat membeli cenderamata untuk dijadikan kenang-kenangan.  
2:00 petang  
        Seterusnya,rombongan kami melawa perigi hang tuah.Hng tuah merupakan pahlawan Melaka yang terbilang.Sebelum pulang,kami dibawa bermandi-manda di Pantai Tnajung Bidara.Saya dan kawan saya saya mengumpul cangkerang untuk dibawa pulang.  
4:00 petang  
        Kami bertolak pulang.Oleh kerana kepenatan,ada di antara kami tertidur'  
6:00 petang  
        Bas tiba di sekolah.Kami dapati ibubapa kami sedang menanti kepulangan kami.Kami pulang dengan perasaan gembira.
 

Submit a comment:

Name