Welcome!

Contoh Karangan UPSR: aku sebuah kamus, by Ummy Umairah Kamaruzaman
Contoh Karangan UPSR
Name:Melaka Ummy Umairah Kamaruzaman
Title:aku sebuah kamus
2015-10-19 14:54
    Aku sebuah kamus.Aku dilahirkan di sebuah syarikat penerbitan di sebuah bandar besar di Semenanjung Malaysia.Namaku ialah "Kamus Perdana".Aku mempunyai tubuh badan yang tebal.Kulitku bewarna biru muda.Aku dijual dengan harga RM50.00.Badanku disampul kemas dengan sehelai plastik.Pada suatu hari,aku telah dihantar ke sebuah kedai buku bersama-sama dengan rakanku.Aku dipamerkan di rak buku yang cantik oleh tuan kedai buku itu.Banyak pengunjung yang membelek-belekku semasa mereka mengunjungi kedai buku itu.Aku bernasib baik apabila dibeli oleh seorang guru wanita yang cantik.Aku sering digunakan oleh tuanku untuk membuat rujukan.Aku selalu membantu tugas-tugasnya sebagai guru bahasa.Tuanku kerap menggunakanku untuk mencari makna perkataan dan ejaan yang betul.Aku juga dijaga dengan baik oleh tuanku Aku diletakkan di rak buku yang tersusun kemas dan rapi.Aku digunakan apabila tuanku memerlukanku.Aku berasa selesa,bangga dan gembira berada di situ.Aku berjanji akan terus memberikan khidmat kepada tuanku selagi diperlukan.Begitulah kehidupan aku sebagai sebuah kamus.                                                                                                    
 

Submit a comment:

Name