Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kasih Sayang Seorang Ibu, by NUR IRINE BALQISH
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor NUR IRINE BALQISH
Title:Kasih Sayang Seorang Ibu
2015-10-19 01:40
Ibu memainkan peranan yang penting dalam kehidupan setiap keluarga.Kebanyakan anak berasa sungguh bahagia kerana mempuyai ibu yang prihatin dan insan penyayang.Oleh itu,tidak dinafikan bahawa kasih sayang ibu terhadap anak amat penting sekali.  
        Sebenarnya,nilai kasih sayang seorang ibu tidak dapat diukur dengan wang ringgit.Ibu banyak mengambil berat demi kebajikan anak-anaknya,dan memberikan sokongan untuk memberi anak-anak sentiasa berjaya dalam pelajaran.Ibu sanggup berkorban untuk kepentingan masa depan anak supaya menjadi insan yang berguna apabila dewasa.  
        Selain itu,sebagai anak kita perlu bertanggungjawab menjaga ibu kita yang banyak berkorban untuk kita.Tanpa kasih sayang dan dorongan daripada ibu maka masa depan anak-anak akan menjadi gelap gelita.  
        Sesungguhnya,ibu sentiasa berada disisi anak-anak ketika susah dan senang.Sekiranya,anak sakit ibu akan segera menghantar ke hospital.Ibu sanggup menjaga anak-anak dalam waktu siang dan malam.  
        Malangnya,terdapat segelintir anak yang sudah dewasa bersikap 'bagai kacang lupakan kulit'.Mereka sanggup membiarkan ibu di Kampung dalam keadaan yang tidak terurus dan hidup melarat.  
        Kesimpulannya,anak-anak jangan menderhaka kepada ibu dan sebagai anak kita jangan melupakan jasa ibu.Hormati dan sayangilah ibu kita kerana sesungguhnya,'syurga itu dibawah telapak kaki ibu'.
 

Submit a comment:

Name