MIRI,17 Jun-Sebuah kebakaran telah berlaku di sebuah pekan kecil dia Miri iaitu Pekan Lada.Tragedi tersebut telah berlaku kira-kira pada jam 6 pagi semalam.Beberapa buah rumah hangus dijilat api.
Kawasan pekan tersebut menjadi huru-hara apabila salahsearang daripada penduduk pekan melihat api besar di udara.Beliau memaklumkan perkara itu kepada penghuni rumah tersebut.
Setelah mengetahui perkara tersebut,para penghuni rumah kelam kabut menyelamatkan barang-barang yang berharga daripada terbakar sementara salah seorang daripada mereka menghubungi ahli bomba untuk mendapatkan bantuan.
Beberapa minit kemudian,pasukan bomba telah sampai untuk memadamkan api yang semakin marak.Mereka bertungkus-lumus untuk memadamkan api tersebut sambil dibantu oleh orang ramai.
Akhirnya,api telah berjaya dipadamkan api.Bomba mengatakan bahawa kebakaran tersebut berpunca daripada kelalaian penghuni rumah tersebut.Buat sementara waktu,mangsa-mangsa kebakaran akan tinggal di dewan orang ramai di Pekan Lada.Orang ramai yang sudi boleh menderma ke tabung amal yang disediakan. |