Welcome!

Contoh Karangan UPSR: MENGALAMI KEBAKARAN, by Kuala Lumpur Syamirah Shuhaida Bt Sahril Ezwan (SMK Cheras)
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur Kuala Lumpur Syamirah Shuhaida Bt Sahril Ezwan (SMK Cheras)
Title:MENGALAMI KEBAKARAN
2015-10-07 01:56
MIRI,17 Jun-Sebuah kebakaran telah berlaku di sebuah pekan kecil dia Miri iaitu Pekan Lada.Tragedi tersebut telah berlaku kira-kira pada jam 6 pagi semalam.Beberapa buah rumah hangus dijilat api.  
 
Kawasan pekan tersebut menjadi huru-hara apabila salahsearang daripada penduduk pekan melihat api besar di udara.Beliau memaklumkan perkara itu kepada penghuni rumah tersebut.  
 
Setelah mengetahui perkara tersebut,para penghuni rumah kelam kabut menyelamatkan barang-barang yang berharga daripada terbakar sementara salah seorang daripada mereka menghubungi ahli bomba untuk mendapatkan bantuan.  
 
Beberapa minit kemudian,pasukan bomba telah sampai untuk memadamkan api yang semakin marak.Mereka bertungkus-lumus untuk memadamkan api tersebut sambil dibantu oleh orang ramai.  
 
Akhirnya,api telah berjaya dipadamkan api.Bomba mengatakan bahawa kebakaran tersebut berpunca daripada kelalaian penghuni rumah tersebut.Buat sementara waktu,mangsa-mangsa kebakaran akan tinggal di dewan orang ramai di Pekan Lada.Orang ramai yang sudi boleh menderma ke tabung amal yang disediakan.
 

Submit a comment:

Name