Welcome!

Contoh Karangan UPSR: FAEDAH-FAEDAH KEGIATAN KOKURIKULUM, by NUR ADDINA BINTI ZARUDDIN
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor NUR ADDINA BINTI ZARUDDIN
Title:FAEDAH-FAEDAH KEGIATAN KOKURIKULUM
2015-10-02 18:50
     Kegiatan kokurikulum dilakukan di luar bilik darjah. Terdapat banyak jenis kegiatan kokurikulum di sekolah. Semua pelajar digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum kerana ia mendatangkan banyak faedah.  
     Kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang. Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, kita tiada masa untuk bergaul dengan ‘kacang hantu’. Secara tidak langsung, kita dapat menghindarkan diri daripada terjebak dengan gejala sosial. Contohnya, jika kita aktif dalam bidang sukan, kita akan berlatih pada masa yang tertentu. Oleh itu, kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang kita.              
     Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi seorang pemimpin. Terdapat pelbagai jawatan dalam suatu persatuan seperti pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang sesuatu jawatan maka kita akan belajar menjadi ketua dan menguruskan aktiviti dalam persatuan.      
     Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk disiplin diri. Disiplin bermaksud latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin sukar untuk berjaya. Contohnya, kita akan dilatih menepati masa, berpakaian kemas dan mematuhi peraturan sama ada peraturan perkhemahan, bersukan atau sebagainya.              
     Justeru, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap persatuan dan kelab ada banyak ahlinya. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Kita boleh berbincang untuk bertukar-tukar pendapat serta bekerjasama dalam melakukan sesuatu aktiviti. Ini akan mengeratkan hubungan sesama ahli.              
     Oleh itu, terdapat banyak faedah jika kita menyertai kegiatan kokurikulum. Pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar menyertainya.  

 

nur fatin , (2016-02-11 18:56)
boleh tak saya nak copy
 
Submit a comment:

Name