Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku sepasang Kasut, by Shetty Rina
Contoh Karangan UPSR
Name:Sarawak Shetty Rina
Title:Aku sepasang Kasut
2015-09-20 18:52
        Aku sepasang kasut sekolah.Badanku diperbuat daripada plastik dan kain.Aku sangat terkenal dengan jenamaku iaitu Asadi.Aku diperbuat disebuah kilang kasut yang terletak di German.  
     Setelah siap dibuat,aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak dan terus diekspot ke Malaysia.Disana,aku diletakkan disebuah kedai kasut Asadi.Aku berjumpa banyak dengan ramai kawan baru.  
     Aku merasa sungguh selesa dengan tempat baru ini.Aku disusun diatas rak bersama dengan kasut yang lain.Setiap hari ada saja orang datang ke kedai untuk membeli kasut.  
     Suatu hari, datang seorang pelajar ke kedai ingin membeli kasut.Pelajar itu membelek badanku yang berwarna putih ini. Dia berminat denganku lalu membeli aku.  
     Tuan baruku bernama Adam.Dia seorang pelajar sekolah menengah.Dia selalu menggunakan aku ke sekolah pada setiap hari.Kadang-kadang badanku terasa sakit apabila tuanku memijak aku diatas batu.  
     Setelah lama berkhidmat kepada tuanku, aku tidak digunakan lagi kerana tuanku sudah tamat bersekolah dan kini menetap di sebuah universiti di London.Lagipun , badanku sudah koyak dan tidak dapat dipakai lagi. Adam membuang aku ke dalam tong sampah.Sampai disitulah riwawatku sebagai sepasang kasut.
 

gtthtynghmhn, (2015-09-25 16:38)
dkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkddddddffnggtgtgtkhtyhtgtht*- gthhttgrtgrtgtryhtykh  

 
Submit a comment:

Name