Welcome!

Contoh Karangan UPSR: KEBAIKAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN, by NUR ADDINA BINTI ZARUDDIN
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor NUR ADDINA BINTI ZARUDDIN
Title:KEBAIKAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN
2015-09-15 19:25
     Umum mengetahui bahawa buah-buahan merupakan sumber makanan yang mengandungi banyak zat. Di Malaysia, kita boleh memperolehi berbagai-bagai jenis buah tempatan kerana iklimnya yang sesuai.  
 
        Antara buah-buahan tempatan yang popular ialah durian, rambutan, betik, pisang dan sebagainya. Buah-buahan tempatan kaya dengan vitamin dan zat yang diperlukan oleh tubuh manusia. Malah, kajian mendapati bahawa buah jambu batu iaitu antara buah-buahan tempatan di negara kita mengandungi zat yang lebih banyak berbanding buah epal.  
 
     Buah-buahan tempatan mudah didapati kerana banyak ditanam di ladang-ladang dan dusun-dusun. Buah-buahan tempatan juga banyak dijual di pasar raya. Pada zaman sekarang, buah-buahan tempatan telah dijadikan jus atau buah-buahan dalam tin. Contohnya, jus mangga, jus tembikai dan nanas dalam tin.  
 
     Selain itu, buah-buahan tempatan juga dijual dengan harga yang berpatutan. Misalnya, harga sekilo buah rambutan lebih murah berbanding harga buah-buahan yang diimport seperti epal, ceri, anggur dan sebagainya.  
 
     Maka, jelaslah bahawa buah-buahan tempatan mempunyai banyak kelebihan berbanding buah-buahan yang diimport dari luar negara. Oleh itu, kita perlu makan buah-buahan tempatan dengan kerap untuk menjamin kesihatan di samping menjimatkan wang.  

 

farish baby , (2016-08-28 14:33)
Cantik sekali karangan  

 
Johnpatrick, (2015-12-22 14:10)
pnh naik donat ni kt pd. series rse mcm jnnutg terbenam dlm laut. klo xkuat smgt jgn naik especially dpt pemndu bot yg mmg sengaja nk buli org bwk laju2
 
Submit a comment:

Name