Welcome!

Contoh Karangan UPSR: aku sebuah ipad, by Teddy kecik
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Teddy kecik
Title:aku sebuah ipad
2015-09-15 01:31
    Nama kau Lappy.Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Cheras.Badanku berwarna merah dan merah jambu.  
 
    Pada suatu hari,aku dibawa ke serantau Malaysia dengan sebuah lori yang amat besar.Aku rasa perjalanan ke Cheras hingga ke Johor Bahru terlalu lama.Jalan di sebelah aku, hanya ku menatap dengan pandangan kosong.  
 
    Akhirnya,setelah 3 jam kemudian,aku tiba di Johor Bahru.Badanku amat sakit akibat terlalu lama duduk di lori walaupun lori itu besar.  
 
    Aku tiba di sebuah kedai yang bernama Zaqrif SDN.BHD.Aku berasa sungguh teruja.Aku dibawa ke tempat yang istemewa.Aku berasa amat pelik mengapakah aku tidak disusun sebaris bersama rakan-rakanku.  
 
    Baru aku tau,aku dibawa ke sebuah almari kaca yang berwarna emas.Aku terdengar perbualan dengan tauke kedai ni bahawa aku ialah sebuah ipad yang amat hebat dan bermutu tinggi.  
 
    Pada setiap hujung minggu,ramai yang berpusu-pusu datang ke kedai Zaqrif SDN.BHD hanya semata-mata mahu melihat aku yang bermutu tinggi ini.Tetapi,apabila mereka melihat tanda harga yang 'bermutu tinggi' ini mereka semua berasa amat kecewa dan sedih.  
 
    Pada suatu hari,ada seorang wanita bersama anaknya menanya tentang harga aku.Tauke pun memberitahu bernilai RM1006.Mereka tanpa bawak soal,segera membayar duit.  
 
    Aku dibawa ke rumah banglo yang bertingkat-tingkat dan besar.Aku diberi kepada anak perempuannya yang bernama Airina.  
 
    Airina menjagaku dengn baik sekali.Setiap hari pasti dia akan menggunakkan aku.Aku berasa amat gembira sekali.Dia amat prihatin sama aku.  
 
    Suatu hari,tuanku membawa ku ke rumah sepupunya.Apabila selesai menggunakanku,aku diletak di atas katil sepupuku.Tuanku ingin pergi ke tandas kerana ingin membuang hajat.  
 
    Selepas itu,dia terus pulang ke rumah.Tiba-tiba dia terlupa bahawa aku di rumah sepupunya.Tuanku menaiki bas ke rumah sepupunya.Apabila melihatku dia terus menangis teresak-esak kerana aku sudah pecah lebur.Aku berasa amat sedih dan gembira kerana dapat berjasa dan mati walaupun belum waktunya.
 

, (2019-02-14 23:28)
Ada perkataan salah pada perkataan no.2
 
misteri, (2016-11-05 23:56)
ok, bgus
 
Submit a comment:

Name