Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku sehelai baju, by Nur aisha hanna
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Nur aisha hanna
Title:Aku sehelai baju
2015-09-13 16:46
Aku dilahirkan di sebuah butik terkenal di ibu kota.Selepas dilahirkan,aku dipakaikan pada sebuah patung dan diletakkan di dalam cermin.Tanda harga yang terlekat di badanku menunjukkan RM 350.  
     Setelah lima hari berada di situ,aku telah dibeli oleh seorang gadis bernama Linda.Linda memakaiku pada majlis hari jadinya.Sebaik sahaja kawan-kawan Linda melihat diriku mereka semua memuji kecantikan yang aku miliki  
     Selang beberapa bulan,Linda ingin memakaiku sekali lagi.Apabila melihat badanku berkedut,dia mengambil seterika lalu menggosokku.Ketika badanku diseterika,telefon bardering.Linda berlari meninggalkan aku sehingga terlupa untuk menutup suis seterika.Badanku mula terasa panas.Aku cuba menahan keperitan,tetapi akhirnya aku hanya mampu menangis kerana terlampau sakit.Lama-kelamaan sebahagian badanku terbakar.Apabila terhidu bau benda terbakar,Linda tergesa-gesa mendapatkanku.Tetapi sudah terlambat kerana aku tidak boleh diselamatkan lagi.  
     Kini aku hanya menjadi penhuni setia almari usang.  

 

Submit a comment:

Name