Welcome!

Contoh Karangan UPSR: KEMALANGAN, by Nur Izzatul Athirah Binti Nor Asmadi
Contoh Karangan UPSR
Name:Perlis Nur Izzatul Athirah Binti Nor Asmadi
Title:KEMALANGAN
2015-09-12 20:23
    Pada suatu pagi,aku dan ibuku dalam perjalanan ke sekolah.Pada hari tersebut,kesesakan lalu lintas agak teruk.Selama ini kesesakan sebegini tidaklah terlalu teruk.Apabila sampai di hadapan sebuah tadika,aku lihat ada sebuah motosikal yang hancur.Penunggangnya pula terpelanting agak jauh dari tempat kejadian.Aku menyuruh ibuku memberhentikan kereta untuk membantu mangsa tersebut.Apabila kami berjalan menghampiri mangsa,aku terlihat seorang budak sekolah yang memakai baju sukan menyerupai baju sukan sekolahku.Rupa-rupanya budak itu ialah Hana rakan sekelasku.Aku menyuruh ibuku menelefon ambulans dan polis untuk mengawal lalu lintas.Beberapa minit kemudian,kedengaran siren ambulans tiba.Aku membantu atendan untuk mengangkat Hana masuk kedalam ambulans manakala pihak polis sedang mencari ibu dan kakaknya.Saksi memberitahu bahawa Hana kemalangan bersama ibu dan kakaknya.Aku mengikut Hana pergi ke hospital.Apabila tiba di hospital,pihak polis mmberitahu bahawa ibu dan kakaknya telah dijumpai didalam parit yang agak jauh.Aku berdoa supaya Hana,ibu dan kakaknya akan selamat.
 

Submit a comment:

Name