Welcome!

Contoh Karangan UPSR: aku sebuah komputer, by Teddy kecik
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Teddy kecik
Title:aku sebuah komputer
2015-09-10 00:17
    Aku sebuah komputer.Nama aku rainbow.Aku dilahirkan di sebuah kilang di Johor.Badanku yang cantik ini berwarna pelangi.  
      
    Pada suatu hari,aku dibawa ke serantau Malaysia.Aku dibawa oleh sebuah lori kecil yang bernama COMCUTE SDN.BHD.  
 
    Ramai yang tertarik akan badanku yang berwarna pelangi,ramai yang terpukau memandangku.Mereka sangat kecewa apabila melihat tanda hargaku yang bernilai,RM500.  
 
    Pada suatu hujung minggu,seorang budak perempuan yang berumur 11 tahun dan ibunya melihatku dengan penuh minat.Akhirnya,setelah dia merenung dan membelekku,dia dan ibunya membeliku.  
 
    Nama tuanku ialah Aliya Maisarah.Dia seorang yang baik hati dan cantik.Aku dibawa ke sebuah rumah 3 tingkat yang besar.Aku melihat terdapat 5 komputer yang pelbagai jenis dan mahal-mahal belaka seperti,Apply,Mancy,Pupz,Quin dan nixz.  
 
    Tuanku menggunakan aku ketika hujung minggu.Dia selalu tersenyum apabila melihat aku.Dia selalu tersenyum kerana dapat menggunakanku dengan sebaik mungkin.  
 
    Pada hujung minggu,seperti biasa tuanku menggunakan perkhidmatanku.Dia berasa sangat risau kerana ibunya memberitahu bahawa tengah hari nanti sanak-saudara mereka melawat mereka.  
 
    Sanak-saudara tuanku pun tiba.Terdapat 7 buah kereta yang di depan rumah tuanku.Sanak-saudara tuanku tidak tahu bahawa aku di sebuah kotak yang padat dengan badanku di bilik tuanku sendiri.  
 
    Tuanku mula-mulanya berasa sangat gembira kerana saudara-maranya tidak menjumpaiku.Tiba-tiba ada seorang budak kecil yang nakal membuka kotak yang terletak di badanku.Budak kecil itu dikenali sebagai,Ns.  
 
    Ns pun menekan punat 'on' pada butangku.Dia tanpa segaja menekan SERVICE AND POWER OFF WITH PASSWORD.Dia menulis password yang dia sendiri tidak tahu.  
 
    Tuanku tidak tahu bahawa aku dibuat begitu.Apabila sanak-saudaraku pulang,tuanku menangis teresak-esak apabila aku tidak boleh lagi dibuka.  
 
    Tuanku membawaku ke KEDAI SERVICE COMCUTE SDN.BHD.Tuanku berasa sangat sedih,apabila tauke kedai itu memberitahu bahawa aku tidak boleh diselamatkan lagi.  
 
    Pada hari lahir tuanku,ibu dan bapanya membeli sebuah komputer yang ke-7.Komputer itu bernama Super Lappy.Aku berbangga kerana orang yang aku sayang gembira semula.  
 
    Aku diletakkan ke sebuah bilik yang bertanda 'SUPER COM LIYA'iaitu sebuah stor yang besar dan selesa.Aku menghabiskan sisa hidupku di situ.
 

Submit a comment:

Name