Welcome!

Contoh Karangan UPSR: berbudi bahasa budaya kita, by nuraina basyirah (S.K.B.L.)
Contoh Karangan UPSR
Name:Pulau Pinang nuraina basyirah (S.K.B.L.)
Title:berbudi bahasa budaya kita
2015-09-07 21:51
    selamat pagi dan selamat sejahtera. Yang Berusaha Puan    Guru Besar,Puan Jamaliah bt Mat, guru-guru, dan murid-murid yang saya hormati. Sempena pelancaran kempen berbudi bahasa baru-baru ini, tajuk syarahan saya juga berkisar tentang budi bahasa, iaitu "Berbudi Bahasa budaya kita".  
 
Hadirin sekalian,  
    Sebagai manusia, kita sentiasa terikat oleh budi bahasa. Berbudi bahasa akan mengeratkan hubungan sesama manusia. Pepatah Melayu ada mengatakan ,"Orang berbudi kita merasa". hal ini, menunjukkan betapa pentingnya amalan berbudi bahasa dan perlu dipraktikkan dalam kehidupan.  
 
    Setiap agama menyeru supaya penganutnya berbudi bahasa . Masyarakat akan menyanjung orang yang memiliki budi bahasa yang luhur.  
 
Hadirin yang dihormati sekalian,  
 
    Kita hendaklah berbudi bahasa kepada tanpa mengira pangkat, agama, bangsa dan usia. Amalan berbudi    bahasa ini akan membentuk individu yang sahsiah tinggi dan bermoral. Oleh itu, saya ingin berbudi bahasa mempunyai hubungan yang rapat dengan perasaan, kelakuan, dan tutur kata seseorang.  
 
    Oleh itu,saya ingin menyeru kepada anda semua agar terus memupuk amalan berbudi bahasa dalam kehidupan kita sehari-hari agar keharmonian dalam masyarakat terjamin. Sebagai mengakhiri syarahan saya pada pagi yang mulia ini, izinkan saya menyampaikan serangkap pantun yang berbunyi:  
                 Yang kurik itu kendi,  
                 Yang merah itu saga,  
                 Yang molek itu budi,  
                 Yang indah itu bahasa.  
 
Sekian, terima kasih.  
    
 

i love arid , (2016-02-14 03:34)
I love
 
Nilai murni, (2015-09-22 11:44)
Berdasarkan
 
Submit a comment:

Name