Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Membaca Amalan Mulia, by ADNAN17 sk muadzam jaya
Contoh Karangan UPSR
Name:Pahang ADNAN17 sk muadzam jaya
Title:Membaca Amalan Mulia
2015-08-11 20:58
    Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,Tuan Guru Besar,para hakim yang arif lagi bijaksana,guru-guru dan rakan-rakan.Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan.Pada pagi yang mulia ini,saya ingin menyampaikan syarahan yang bertajuk'Membaca Amalan Mulia'.  
    Sikap membaca perlu dipupuk sejak kecil lagi.Melalui bacaan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan.Ini kerana kebanyakan orang yang maju dan berjaya adalah terdiri daripada semua yang minat membaca.Justeru,tanamlah sikap suka membaca di kalangan kita semua.Sebenarnya ibu bapa memainkan peranan penting dalam mewujudkan sikap ini.  
Hadirin yang budiman,  
    Buku-buku yang baik perlu dibaca bagi meningkatkan ilmu yang terkandung di dalamnya.Buku-buku ini akan dapat membentuk peribadi mulia yang terkandung nilai-nilai murni yang terdapat dalam bacaan tersebut.Selain itu,membaca juga dapat mengisi masa lapang tanpa menghabiskan masa dengan sesuatu yang tidak berfaedah dan sia-sia.  
    Oleh itu,di sini saya ingin menyeru kepada semua agar selelu membaca.
 

nurzalifah, (2016-04-27 21:06)
tetapi bagus . saya suka.
 
nurzalifah, (2016-04-27 21:05)
mana sambungan
 
Submit a comment:

Name