Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Peristiwa Pada Suatu Pagi, by Muhammad Aniq Faisal (SK Muadzam Jaya)
Contoh Karangan UPSR
Name:Pahang Muhammad Aniq Faisal (SK Muadzam Jaya)
Title:Peristiwa Pada Suatu Pagi
2015-08-11 20:51
    Oleh sebab ayah mahu cepat ke pejabatnya,ayah telah menghantar saya awal ke sekolah.Ketika saya tiba,jam bsru menunjukkan pukul 6.30 pagi.PErsekitaran sekolah begitu gelap.  
    Saya duduk seorang diri fi kantin yang diterangi oleh cahaya lampu elektrik.Suasana begitu gelap.Dalam kesepian itu,tiba-tiba saya terdengar suatu barang jatuh di makmal komputer.  
    Seperti ada suatu kuasa yang mendorong saya bangun dan bergerak ke makmal komputer yang terletak 100 meter dari tempat saya duduk.Saya terlihat seakan-akan bayang manusia sedang bergerak-gerak.Tidak salha lagi,itu bukan bayang-bayang,tetapi manusia!  
    Saya terlanggar pasu bunga menyebabkan saya menjerit kesakitan.Jeritan itu telah didengari oleh tiga lembaga yang sedang mengangkat komputer.Saya terus berlari ke pintu pagar seperti lipas kudung.  
    Sambil berlari,saya menjerit meminta tolong.Jeritan saya telah didengari oleh pebgawal keselamatan di pondok pengawal.Saya menunjukkan arah lelaki yang mengejar saya.  
    Melihatkan saya ditemani oleh pengawal.pencuri itu segera melarikan diri.MEreka memanjat pintu pagar.Saya bersyukur kerana mereka tidak sempat mengapa-apakan diri saya.
 

Submit a comment:

Name