Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Peningkatan salah laku di kalangan remaja sekolah , by Mirza Wafiy Bin Azlan
Contoh Karangan UPSR
Name:Pahang Mirza Wafiy Bin Azlan
Title:Peningkatan salah laku di kalangan remaja sekolah
2015-08-11 20:36
        Remaja sering dikaitkan dengan kesalahan seperti mencuri,merompak,peras ugut,merokok,dan penagihan dadah.Kejadian ini berlaku disebabkan faktor ibu bapa,rakan sebaya,dan persekitaran.      
        Sesetengah ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak mereka.Setiap permintaan anak akan dilayani dan mereka mudah mendapat wang yang banyak daripada ibu bapa.Sikap berlembut ini menyebabakan remaja mengambil kesempatan dengan menggunakan wang itu untuk membeli rokok dan melepak di pusat-pusat hiburan.  
        Bagi ibu bapa yang bekerja dari pagi hingga petang pula akan menyebabkan remaja hilang perhatian dan kasih sayang.Situasi ini mendorong remaja keluar dari untuk mencari rakan sebaya.Akibatnaya,remaja mudah terdorong menghisap rokok dan terlibat dalam kegiatan perlumbaan motosikal secara haram.  
        Selain itu,remaja mudah menghadapi tekanan emosi apabila    ibu bapa sering bertengkar atau bercerai.Situasi yang tegang    seperti ini nenggalakkan remaja melarikan diri dari rumah dan berhenti sekolah kerana tidak dapt mengawal perasaan sendiri.  
        Seterusnya,rakan sebaya mudah menmpengaruhi rakan remaja yang lain untuk melakukan perkara yang tidak baik.Seorang itu akan merokok apabila rakan sebaya merokok.Mereka berasa malu jika tidak melakukan perkara yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka.  
        Kesimpulannya,remaja tidak harus dibiarkan tanpa perhatian,sebaliknya pergerakan remaja perlu diawasi oleh ibu bapa selalu.
 

Submit a comment:

Name