Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Cara Menggunakan Masa dengan Berfaedah, by Arif Hakimi / Akim (SK Muadzam Jaya)
Contoh Karangan UPSR
Name:Pahang Arif Hakimi / Akim (SK Muadzam Jaya)
Title:Cara Menggunakan Masa dengan Berfaedah
2015-08-11 20:29
Pelbagai istilah tentang masa yang biasa kita dengar atau lihat.Antaranya ialah "Masa itu Emas","Masa ialah Kehidupan" dan sebagainya.Masa sangat penting dalam kehidupan kita kerana masa yang berlalu tidak dapat diganti.Kita harus bijak menguruskan masa supaya tidak membazir begitu sahaja.  
 
Masa dapat digunakan dengan berfaedah sekiranya kita memenuhinya dengan bersukan,melancong,berekreasi,mengumpul setem dan sebagainya.Sekiranya kita menggunakan masa dengan hobi yang bermanfaat,hobi ini dapart memberikan kepuasan kepada kita.  
 
Selain itu,kita boleh menggunakan masa yang terluang untuk menziarahi datuk dan nenek,saudara mara dan teman teman.Selain dapat bersiar-siar,kita dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan.  
 
Aktiviti yang paling bermanfaat untuk mengisi msa lapang ialah membaca.Pelbagai bahan bacaan dapat dibaca seperti buku rujukan,ilmiah,novel,majalah,surat khabar dan sebagainya.Kita dapat mencedok ilmu dan maklumat sebanyak mungkin daripada bahan bacaan ini.  
 
Seperkara lagi,kita dapat menggunakan masa yang terluang di rumah dengan membantu ibu bapa membuat kerja-kerja rumah seperti mengemas rumah,,menyapu sampah dan sebagainya.Selain rumah kemas dan bersih,kita dapat mengeratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga.  
 
Kesimpulannya,kita sebagai manusia wajar mendisiplinkan diri supaya tidak membuang masa dengan begitu sahaja kerana mas sangat berharga.Oleh itu,uruslah masa dengan sebijak mungkin.
 

Submit a comment:

Name