Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku Sebatang Kapur, by Nurin Badrina Bt Azlan
Contoh Karangan UPSR
Name:Pahang Nurin Badrina Bt Azlan
Title:Aku Sebatang Kapur
2015-08-11 20:25
Aku sebatang kapur.Aku dilahirkan di sebuah kilang di Shah Alam.Aku berwarna putih.Ada kawan-kawanku yang berwarna biru,merah dan hijau.  
Setelah dibentuk aku dan kawan-kawanku dimasyurkan ke dalam kotak.Kemudian,kotak-kotak itu dihantar ke kedai contohnya,kedai-kedai alat tulis.  
Aku dihantar ke sebuah sekolah dan diletakkan di pejabat sekolah.Pada suatu pagi aku diambil oleh seorang murid lelaki.Dia mengambil si biru dan si merah juga.  
Aku digunakan oleh Cikgu Najihah untuk menulis nota di papan hitam.Aku gembira kerana dapat membantu Ciku Najihah mengajar murid-muridnya walaupun badanku semakin pendek.Setelah siap menulis nota,aku dimasukkan ke dalam kotak semula.  
Pada suatu hari,pihak sekolah telah menukar papan hitam di semua kelas ke papan putih.Guru-guru tidak lagi menggunakan kapur tulis untuk menulis sebaiknya menggunakan pen'marker'.  
Aku dan kawan-kawanku telah disimpan di dalam kotak.Suatu hari,kotak tempat aku disimpan terjatuh.Aku dan kawan-kawanku bertaburan di atas lantai.Seorang murid lelaki sedang mengejar rakannya lalu memijakku.Badanku hancur berkecai.Tamatlah riwayatku sebagai 'sebatang kapur'.
 

Submit a comment:

Name