Welcome!

Contoh Karangan UPSR: badan sihat, otak cerdas, by sanglis thangavelu
Contoh Karangan UPSR
Name:Pahang sanglis thangavelu
Title:badan sihat, otak cerdas
2015-08-11 20:13
     Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar , guru - guru dan murid- murid sekalian.Selamat sejahtera saya ucapkan . Kita amat bertuah pada hari ini kerana dapat menyaksikan sukan tahunan Sekolah Kebangsaa Padang Besar .  
        Sesungguhnya aktiviti sukan amat penting dalam kehidupan kita.Sukan membantu kita membentuk badan yang sihat dan otak yang cerdas.  
    Aktiviti sukan juga dapat mengisi masa lapang kita. Masa yang dapat mengeratkan hubungan . Kita juga akan menjadi individu yang bermotivasi tinggi.  
        Murid - murid sekalian ,  
        Saya pasti anda semua sudah tidak sabar-sabar lagi untuk menyaksikan acara sukan yang akan dipertandingkan . Kepada murid-murid yang mengambil bahagian , saya mengucapkan selamat berjaya.  
         Menang atau kalah merupakan adat dalam pertandingan . Perkara yang lebih penting ialah kesungguhan . Tanamlah semangat kesukanan yang tinggi . Bina keyakinan dalam diri dan manfaatkan aktiviti ini.  
     Akhir kata dari saya , dengan bangganya saya merasmikan temasya sukan tahunan yang ke- 13 ini. Semoga semuanya berjalan dengan lancar .  
    Sekian , terima kasih.
 

Minecraft, (2016-09-01 22:50)
Bibubbibuuu
 
Submit a comment:

Name